27.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 27, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    TMJ soal: Adakah entiti luar pengaruhi keputusan Fifa?

    Shopee Sale

    Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyoal jika ada pihak ketiga yang terlibat dalam sekatan Fifa terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan tujuh pemain kerana pemalsuan dokumen.

    "FAM dah ikut proses dan kerjasama dengan FIFA dan Kerajaan Malaysia. FIFA pun dah approve sebelum ini tetapi kenapa keputusan bertukar sekarang? Apa yang berlaku sampai tiba-tiba ada keputusan macam ini?

    "Adakah ada entiti luar yang terlibat mempengaruhi keputusan FIFA," soal baginda melalui satu hantaran di X.

    Tunku Ismail juga berkongsi salinan surat daripada Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Badrul Hisham Alias bertarikh 19 Sept.

    "Ini adalah surat pengesahan dari Jabatan Pendaftaran Negara. Tak kan kita takut dan nak tunduk dengan individu-individu yang khuatir dengan kebangkitan Harimau Malaya.

    "Lawan tetap lawan. Berani kerana benar," tegas Tunku Ismail.

    Dalam surat itu, Badrul mengesahkan bahawa JPN sedang meneruskan proses naturalisasi tujuh pemohon.

    “Saya mengesahkan bahawa segala penelitian sewajarnya serta prosedur undang-undang telah dipatuhi sepanjang proses ini dan pengeluaran sijil kewarganegaraan tersebut dilaksanakan dengan mematuhi sepenuhnya keperluan undang-undang dan Perlembagaan Malaysia,” katanya.

    MENARIK:  AOB cela juruaudit kerana langgar piawaian pengauditan

    Tunku Ismail turut berkata FAM telah mengikut proses dan bekerjasama dengan Fifa serta kerajaan Malaysia.

    "Fifa juga sebelum ini sudah meluluskan, tetapi mengapa keputusan kini berubah?

    "Apa yang berlaku hingga tiba-tiba keluar keputusan sebegini?” soalnya dalam hantaran itu.

    Tunku Ismail menegaskan Fifa tidak memberikan penjelasan terhadap keputusan itu serta terlalu cepat mengumumkannya sebelum FAM sempat menyelesaikan rayuan.

    Malam tadi, Fifa mengumumkan sekatan terhadap FAM dan tujuh pemain kerana melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib Fifa (FDC) mengenai pemalsuan dokumen.

    Pemain terbabit - Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomas Garces, Rodrigo Julaian Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano - turut dikenakan penggantungan selama 12 bulan daripada semua aktiviti berkaitan bola sepak, berkuat kuasa serta-merta.

    Tujuh pemain itu mewakili Malaysia menentang Vietnam untuk pusingan ketiga kelayakan Piala Asia AFC Arab Saudi 2027 pada 10 Jun.


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah