29.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 12, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Timor-Leste rasmi jadi anggota penuh Asean 26 Okt ini

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini mengesahkan bahawa Timor-Leste akan diterima sebagai anggota penuh Asean secara rasmi pada 26 Okt ini.

    Anwar yang juga Pengerusi Asean 2025 berkata, Malaysia melalui kementerian luar berusaha gigih memastikan penyertaan penuh negara termuda Asia Tenggara itu ke dalam blok serantau berkenaan.

    “Sejak awal lagi Malaysia menyokong kemasukan Timor-Leste, dan baru-baru ini kita berusaha keras untuk memastikan negara itu diterima sebagai anggota tetap Asean.

    “Alhamdulillah, dengan kerjasama lementerian luar, pada 26 Okt ini secara rasmi Timor-Leste akan menjadi anggota tetap,” katanya ketika berucap pada program Temu Anwar bersama pelajar Universiti Teknologi Petronas (UTP) di Seri Iskandar, Perak hari ini.

    Turut hadir Menteri Besar Perak Saarani Mohamad, Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abd Kadir, Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar, dan Presiden UTP Mohamed Firouz Asnan.

    MENARIK:  Masih terlalu awal bincang kedudukan MB Perlis - PAS

    Sidang Kemuncak Asean ke-47 dijadual berlangsung dari 26 hingga 28 Okt ini di Kuala Lumpur, dengan kehadiran pemimpin berpengaruh dunia termasuk Presiden AS Donald Trump, Presiden China Xi Jinping serta ketua-ketua kerajaan negara Asean dan rakan dialog.

    Dalam kenyataan bersama Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Asean ke-58 pada 9 Julai lalu, para menteri menyatakan komitmen untuk menyokong Timor-Leste mempercepat penyertaannya dalam perjanjian ekonomi utama Asean bagi memudahkan integrasi sepenuhnya ke blok serantau itu.

    Timor-Leste yang mencapai kemerdekaan pada 20 Mei 2002 lalu memohon keahlian Asean pada 2011.

    Pada Feb lalu Malaysia mengumumkan sumbangan sebanyak AS$200,000 kepada Unit Timor-Leste di Sekretariat Asean di Jakarta bagi mempercepat proses keahlian penuh selain menyediakan latihan teknikal menerusi Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) yang telah melatih 319 pegawai Timor-Leste dalam pelbagai bidang setakat ini.

    - Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah