28 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 25, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Tekanan kerja pengawal trafik udara di AS kian kritikal

    Shopee Sale

    GLOBAL | Setiausaha Pengangkutan AS, Sean Duffy, berkata wujud rasa kekecewaan dan kebimbangan dalam kalangan pengawal trafik udara negara itu berikutan penutupan berpanjangan kerajaan persekutuan, sambil menyifatkan tahap tekanan kerja mereka kini sebagai “tidak boleh diterima.”

    Dalam sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Philadelphia, Duffy berkata, pengawal trafik udara hanya menerima kira-kira 90 peratus gaji mereka sekitar 10 hari lalu, dan tidak akan menerima gaji pada Selasa depan, lapor Xinhua.

    “Jika kita kekurangan pengawal, atau jika mereka terlalu tertekan dan tidak dapat melaksanakan tugas dengan baik, kami akan mengambil langkah mengurangkan jumlah pesawat yang berlepas dan mendarat, atau membatalkan penerbangan,” katanya.

    MENARIK:  PRK Sg Bakap: DAP gagal dekati pengundi Cina, kata veteran Umno

    Duffy turut menyatakan sistem itu kini berdepan kekurangan sekitar 2,000 hingga 3,000 pekerja dan usaha merapatkan jurang berkenaan dijangka mengambil masa beberapa tahun.

    Mulai bulan ini, kira-kira 13,000 pengawal trafik udara AS terus bekerja tanpa menerima sebarang bayaran.

    Presiden Persatuan Pengawal Trafik Udara Kebangsaan (NATCA), Nick Daniels, dalam sidang media sama berkata, apabila penutupan kerajaan berlarutan dan pengawal tidak dibayar atas kerja mereka, “ia mewujudkan gangguan yang tidak perlu dan menjejaskan tumpuan mereka terhadap tugas, sekali gus menjadikan sistem ini kurang selamat.”

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah