29 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 8, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Starbucks Tawau diconteng ‘boikot’, ‘Free Palestine’

    Shopee Sale

    Starbucks Tawau menjadi mangsa vandalisme apabila diconteng dengan perkataan “boikot” dan “Free Palestine”.

    Media melaporkan, cawangan kedai kopi antarabangsa di Jalan T2 diconteng dengan cat sembur, pagi tadi.

    Starbucks antara kedai yang menjadi sasaran boikot susulan serangan Israel terhadap penduduk Palestin di Gaza.

    Perbuatan khianat itu disedari kira-kira 8.30 pagi oleh penyelia tapak bangunan sebelum pengurusan syarikat membuat laporan polis.

    Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau Superintendan Champin Piuh berkata semakan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mengesyaki ia dilakukan oleh dua individu.

    Bagaimanapun, katanya, rakaman CCTV itu kurang jelas.

    MENARIK:  Adakah Muhyiddin takut isytihar harta, soal Pemuda PKR

    "Polis giat mengesan suspek yang terbabit dalam kes ini dan sekiranya dikenali pasti, tindakan undang undang akan diambil," katanya.

    Gambar contengan itu mula tersebar di media sosial hari ini, terutama di kumpulan-kumpulan masyarakat setempat di Tawau dan Sabah.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah