30.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 8, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Singapura gantung mati Pannir Selvam

    Shopee Sale

    Singapura hari ini melaksanakan hukuman mati terhadap warga Malaysia Pannir Selvam Pranthaman atas kesalahan mengedar dadah di republik itu.

    Menurut laporan media, hukuman terhadap lelaki berusia 38 tahun itu disahkan oleh kakaknya, Sangkari Pranthaman, dan aktivis berpangkalan di Singapura, Kirsten Han.

    “Ya, dia telah digantung,” kata mereka yang dipetik New Straits Times.

    Pannir adalah rakyat Malaysia kedua yang digantung mati dalam tempoh kurang dua minggu, selepas K Datchinamurthy, yang turut disabit kesalahan mengedar dadah, dihukum mati di republik itu pada 25 September.

    Menurut Bernama, Pannir disabitkan oleh Mahkamah Tinggi Singapura pada 2 Mei 2017 kerana mengimport sekurang-kurangnya 51.84 gram diamorfin ke dalam negara itu, dan dijatuhkan hukuman mati mandatori.

    MENARIK:  MAHA 2024 catat 2.3 juta pengunjung setakat hari ketujuh

    Rayuannya ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 9 Februari 2018, manakala petisyen pengampunan kepada presiden Singapura turut ditolak.

    Dia sebelum ini diberi penangguhan hukuman sebanyak dua kali – kali pertama pada Mei 2019 selepas memohon untuk mencabar keputusan penolakan pengampunannya dan keputusan pendakwa raya yang enggan mengeluarkan sijil bantuan substantif.

    Penangguhan kedua pula diberikan pada Februari 2025, sementara menunggu keputusan permohonan pasca-rayuan dalam kes hukuman mati.

    Namun, permohonan terakhir Pannir untuk penangguhan hukuman ditolak oleh Mahkamah Rayuan Singapura pada 6 September lalu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah