30.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 8, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Saya pun ada dalam senarai TCO, kata Anwar

    Shopee Sale

    Perdana Menteri hari ini menjelaskan tidak ada apa-apa yang luar biasa apabila seseorang kenamaan berada di bawah pemantauan Pejabat Kawalan Perjalanan (TCO) negara ini.

    Menurut Anwar Ibrahim dia sendiri berada dalam senarai TCO

    "Saya pun ada (TCO), semua VIP (orang kenamaan) pun ada," katanya ringkas selepas program Temu Anwar di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Gombak pagi ini.

    Anwar mengulas kenyataan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar, yang semalam mendakwa dia dikenakan pemantaua TCO sehingga panggilan telefonnya diawasi.

    Ahmad Samsuri yang juga Naib Presiden PAS itu berkata, langkah berkenaan menjadikan dia seolah-olah seorang penjenayah berbahaya, dikaitkan dengan sindiket dan gangster, atau berstatus persona non grata (tidak dikehendaki) di tanah air sendiri.

    “Adakah telefon saya dipintas? Sudah tentu. 100 peratus.

    “Adakah saya diikuti ke mana-mana saya pergi, walaupun atas urusan peribadi? Sudah tentu. Tanpa ada keraguan,” dakwanya.

    MENARIK:  Naib Presiden PKR rayu orang ramai bantu wartawan muflis akibat disaman

    Mengulas dakwaan Ahmad Samsuri, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail hari ini berkata tiada keperluan untuk mengintip pergerakan Menteri Besar Terengganu itu.

    Katanya, ini kerana pemimpin PAS itu sentiasa didampingi polis.

    “Sebagai menteri besar, pergerakan beliau ditemani seorang pegawai polis untuk tujuan keselamatan pada sepanjang masa. Tiada keperluan spy beliau kerana polis memang sentiasa bersamanya.

    “Saya sendiri pernah tersenarai (untuk pengawasan) pada 2000 hingga 2004. Saya anggap ini sebahagian tugasan pihak berkuasa,” katanya dipetik FMT.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah