29.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 12, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rafizi tak setuju kerajaan libatkan GLC, GLIC dalam belanjawan

    Shopee Sale

    Rafizi Ramli melahirkan kebimbang terhadap tindakan kerajaan Madani menarik syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam penyediaan belanjawan negara.

    Kata bekas Timbalan Presiden PKR itu, langkah tersebut mungkin memberi kesan kepada syarikat strategik terbabit.

    Langkah mengaitkan GLIC dan GLC itu, katanya, sebelum ini dilakukan semasa peranancangan serta pelaksanaan Rancangan Malaysia ke-13.

    Kata Rafizi dia berpendapat pendekatan tersebut adalah tidak betul kerana sesuatu belanjawan kerajaan mestilah hanya melibatkan kerajaan secara langsung dan bukannya turut mengaitkan kedua-dua entiti berkenaan.

    "Kalau contohnya GLC menjadi sebahagian daripada arahan (dasar) kerajaaan dan ia mula terlalu terbabit dengan projek atau perbelanjaan yang mungkin tak memenuhi kriteria pelaburan, tapi hasrat sosial kerajaan.

    "Nanti, empat atau lima tahun akan datang projek itu tak mendatangkan hasil atau projek itu tak berjaya, akan mula ada masalah kepada GLIC dan GLC terbabit, sudah tentu ia akan ada masalah tatakelola," katanya dalam program audio siar Yang Berhenti Menteri malam tadi.

    Rafizi berkata demikian sebagai mengulas Belanjawan 2026 yang dibentangkan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, semalam.

    MENARIK:  Cuaca diramal hujan pada pagi hari penamaan calon PRK Mahkota

    Belanjawan 2026 merupakan belanjawan keempat yang dibentang oleh kerajaan Madani pimpinan Anwar, dan yang pertama di bawah RMK-13 sekali gus menjadi asas utama bagi pelaksanaan pelan pembangunan negara untuk tempoh lima tahun akan datang

    Anwar dalam pembentangannya itu berkata perbelanjaan oleh GLIC dan badan berkanun serta pelaburan awam-swasta akan memberi kerajaan tambahan RM50.8 bilion untuk inisiatif awam.

    Katanya, langkah tersebut akan menjadikan peruntukan keseluruhan belanjawan pada tahun depan menjadi sebanyak RM470 bilion.

    Sementara itu, Rafizi turut mengkritik jumlah peruntukan pembangunan kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) sebanyak RM550 juta yang memberi bayangan Putrajaya tidak ada usaha untuk memodenkan sektor pertanian negara.

    Katanya, kerajaan masih mengekalan cara lama dengan mengutamakan belanja mengurus yang membabitkan program subsidi kementerian terbabit.

    “KPKM diberi RM550 juta, tak sampai dua peratus daripada (belanja pengurusan) bajet pembangunan...adakah kerajaan tak bercita-cita untuk laksanakan pertanian secara besar-besaran untuk jadikan industri?

    "(Manakala) belanja mengurus RM2 bilion (ini termasuk) untuk subsidi baja, kalau kita teruskan dengan (program) subsidi baja kita tak memodenkan pertanian, kita akan ada masalah," katanya lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah