30.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 8, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Putra lapor polis pada kolumnis Malaysiakini

    Shopee Sale

    Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) membuat laporan polis terhadap kolumnis Malaysiakini Andrew Sia kerana menggelar  Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai “akademi aparteid".

    Laporan polis itu dibuat oleh ketua penerangannya Sharulutfi Sharis di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur kira-kira jam empat petang semalam.

    Sharulutfi berkata artikel berkenaan tidak adil, bersifat prejudis dan boleh mencetuskan kemarahan orang Melayu.

    “UiTM ditubuhkan dengan tujuan memberi peluang pendidikan kepada bumiputera, bukan untuk melaksanakan diskriminasi.

    “Perbandingan yang dibuat dalam artikel tersebut merendahkan usaha dan integriti UiTM,” katanya dalam kenyataan media.

    Shahrulutfi turut menekankan bahawa penubuhan UiTM adalah selaras dengan undang-undang dan perlembagaan yang memberi panduan kepada kerajaan untuk menyediakan peluang pendidikan kepada bumiputera.

    Rabu lalu, Sia menulis mengenai isu parallel pathway dan dan keengganan UiTM membuka pintu buat sementara waktu kepada bukan bumiputera untuk menangani kekurangan pakar bezah kardiotoraks.

    MENARIK:  Bas bawa 14 penumpang terbalik di Kuala Krai

    Semalam, Pemuda Umno juga mengarahkan anggotanya membuat laporan polis di seluruh negara. Setakat laporan ini ditulis belum jelas sudah berapa laporan polis dibuat oleh mereka.

    Semalam, Ketua Pemuda Umno Akmal Saleh menuntut Sia membuat permohonan maaf secara terbuka. Malaysiakini pula dituntut menurunkan artikel itu.

    "Menggelar UiTM sebagai sebuah akademi aparteid merupakan keceluparan yang wajib diajar,” kata Akmal.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah