27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 26, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Protes anti-Trump kedua berakhir tanpa sebarang insiden

    Shopee Sale

    Protes kedua ke atas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berakhir petang tadi tanpa sebarang insiden.

    Diadakan di sekitar Ampang Park, protes bermula pada jam lima petang dan berakhir kira-kira pada jam 6.45 petang.

    Menurut laporan FMT, protes itu dihadiri kira-kira 200 peserta dengan kawalan anggota polis.

    Dalam kenyataan, Ketua Polis Kuala Lumpur Fadil Marsus menyuarakan penghargaan kepada penganjur, Sekretariat Bantah Trump kerana mengekalkan ketenteraman sepanjang protes diadakan.

    Pada pagi tadi, satu protes anjuran beberapa kumpulan masyarakat sivil yang sepatutnya diadakan di Ampang Park terpaksa berpindah ke Dataran Merdeka susulan sekatan yang dikenakan oleh pihak berkuasa.

    MENARIK:  Lanjutan terakhir buat anak-anak Mahathir isytihar harta

    Trump tiba di Malaysia hari ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Asean yang berlangsung di Kuala Lumpur hingga 28 Okt.

    Acara itu antara lain akan menyaksikan penyertaan pemimpin negeri negara besar dunia yang menjadi rakan dialog utama Asean, termasuk China, Jepun, India, Brazil dan AS.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah