26.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 25, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PRN Sabah: PAS tandingi paling kurang 6 kerusi, guna logo PN

    Shopee Sale

    PAS mengesahkan akan bertanding di sekurang-kurangnya enam dari 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 akan datang, dengan kemungkinan menggunakan logo parti gabungan yang bersama Perikatan Nasional (PN).

    Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata meskipun agihan kerusi secara terperinci masih belum dimuktamadkan, parti itu mengenal pasti kawasan yang bakal ditandingi.

    "Pengagihan terperinci belum ada, cuma rangka dah ada. Cuma PAS dah kenal pasti sekurang-kurangnya enam kerusi yang kita akan tandingi dalam PRN Sabah akan datang dan mungkin kita akan gunakan logo dengan mana-mana parti gabungan kita nanti,” katanya pada sidang media Pelancaran Pelan Tindakan Komprehensif Get To Zero 2030 (GTZ2030), di Putrajaya hari ini.

    Mengulas persediaan PAS dan PN menjelang PRN Sabah, Tuan Ibrahim yang juga ahli parlimen Kubang Kerian berkata PN sedang meneroka ruang kerjasama politik dengan parti tempatan, termasuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

    “PAS komponen dalam PN dan kita sedang meninjau (kerjasama). Cuma kita meninjau tentang gabungan atau muafakat politik.

    “Saya pun dah berapa kali diperingkat PN mengadakan perbincangan untuk memperkukuhkan PN di peringkat Sabah tetapi kita akui lepas pilihan raya dulu semua Adun-Adun yang menang atas tiket PN ini melompat parti dan bersama dengan GRS dan kita ada seorang Adun lantikan daripada PAS.

    “Adun lantikan itu dilantik lepas pilihan raya dan sebab itu mereka kekal dalam kerajaan, dia tak boleh lompat sebab bukan menang atas tiket parti. Jadi, oleh kerana itu, hubungan dengan GRS sangat baik dan tidak ada isu.

    “Dan pandangan saya, kita perlu lihat kerangka yang lebih besar untuk menghadapi pilihan raya akan datang, tidak mustahil untuk PAS mengadakan kerjasama dengan mana-mana pihak yang sedia menerima syarat-syarat kita,” katanya.

    MENARIK:  Syahir jawab Najwan: Hadi bukan kejar kuasa macam presiden kamu

    Tuan Ibrahim juga menyarankan agar satu gabungan besar diwujudkan melibatkan parti-parti tempatan Sabah untuk berdepan kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan BN pada PRN akan datang.

    “Umno dah buat keputusan yang dia akan bekerjasama dengan PH, cuma di Sabah ini kita ada parti Warisan, GRS, PN, jadi saya rasa kalau kita boleh wujudkan satu gabungan besar itu lebih baik. Dan saya melihat perlunya kerangka ini, parti-parti PN, GRS, Warisan dapat diwujudkan satu gabungan untuk kita hadapi gabungan Umno-PH,” katanya.

    Dia turut meramalkan PRN Sabah bakal menyaksikan pertandingan tiga hingga empat penjuru berdasarkan landskap politik semasa.

    “Hingga setakat ini saya ingat PH juga tidak akan ada kerjasama dengan GRS, sebab yang serang GRS ini adalah PH. Jadi, yang saya nampak akan ada paling tidak pun akan ada tiga atau empat penjuru di Sabah

    “Dan GRS sebagaimana yang disebut Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Hajiji Noor, dia akan bertanding secara solo atas nama GRS.

    “Bererti kalau ada GRS, Warisan bergerak solo, PH-BN bergerak solo dan kita PN, jadi ada empat penjuru.

    “Bagi pihak PAS kita akan bincang dengan rakan kita Bersatu untuk kita lihat semula gabungan di peringkat Sabah ini. Sebab Sabah ini kita kena ada gabungan yang kuat untuk bersama-sama dalam PRN akan datang,” tambahnya.

    PRN Sabah ke-17 mesti diadakan pada atau sebelum 8 Disember.

    Sebelum ini, Hajiji Noor dilaporkan menyatakan kesediaan gabungan GRS untuk bertanding secara solo sekiranya PH dan BN membentuk kerjasama.

    Hajiji berkata parti-parti Sabah perlu menjadi teras dalam pembentukan kerajaan negeri.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah