30.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 5, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis tembak mati 4 penjenayah disyaki terlibat 44 kes pecah rumah, pejabat

    Shopee Sale

    Empat lelaki warga Vietnam yang disyaki terbabit dalam 44 kes pecah rumah dan pejabat di sekitar Lembah Klang, maut dalam kejadian berbalas tembakan di sebuah residensi di Jalan Imbi, di Kuala Lumpur.

    Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa berkata dalam kejadian 11.30 malam tadi menerusi Op Tebuk, sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan Kuala Lumpur telah menyerbu sebuah unit kediaman di tingkat 17 residensi terbabit sebelum suspek melepaskan tembakan ke arah polis.

    “Bagi mempertahankan diri dalam usaha meneruskan tindakan (tangkapan), berlaku kejadian berbalas tembakan sehingga polis menumpaskan (tembak mati) empat lelaki terbabit,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian tengah malam tadi.

    Rusdi berkata pemeriksaan mendapati suspek bersenjatakan dua parang dan dua pistol yang disyaki digunakan untuk menyerang anggota polis.

    Dia berkata siasatan mendapati empat lelaki terbabit disyaki terlibat dalam 44 kes tebuk peti besi membabitkan 28 kes di Kuala Lumpur dan 16 kes di Selangor sejak 2018 yang melibatkan kerugian RM4.3 juta.

    Katanya, suspek menyasarkan pejabat dan kediaman yang tidak berpenghuni sebelum menebuk peti besi di dalam premis berkenaan dan melakukan jenayah itu pada waktu malam.

    MENARIK:  Shafie mahu sebahagian aset tentera di Lumut dipindah ke Sabah

    “Mereka (suspek) dilaporkan melakukan jenayah sama dua hari lepas di Sri Hartamas sebelum menyembunyikan diri di lokasi yang kita serbu. Kita percaya mereka ini menjadikan unit kediaman mewah di sini sebagai tempat merancang jenayah, berehat dan menyembunyikan diri,” katanya.

    Mengulas lanjut, Rusdi berkata kesemua suspek mempunyai pasport dan sering keluar masuk negara ini.

    Katanya, polis meneruskan siasatan bagi mengesan individu yang mempunyai kaitan dengan empat lelaki terbabit.

    Dia berkata mayat kesemua suspek dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses bezah siasat.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah