25.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 5, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis tahan pemilik bengkel beri amaran Akmal akan ditembak

    Shopee Sale

    Polis menahan seorang pemilik bengkel kenderaan yang didakwa membuat ugutan bunuh terhadap Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh.

    Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata, suspek berusia 68 tahun ditahan di kawasan Kandang pada Selasa, selepas pihaknya menerima satu laporan polis yang dibuat terhadapnya.

    Menurut Patit, laporan polis itu dibuat oleh seorang pesara berusia 62 tahun, yang pada Rabu lalu, yang mendengar suspek bercerita tentang Akmal ketika berada di bengkel.

    “Pesara tersebut mendakwa suspek memberitahunya Ketua Pemuda Umno itu keterlaluan dalam isu KK Mart, dan akan ditembak mati suatu hari nanti.

    "Pengadu hanya berdiam diri dan tidak melayan lelaki tersebut sebelum membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan kata-kata ugutan suspek dan bimbang keselamatan Dr Akmal yang juga Adun Merlimau itu," kata Patit kepada media.

    MENARIK:  Amaran ribut petir, hujan lebat di tujuh negeri

    Tambahnya, ketika disoal siasat awal, suspek mengaku tidak berpuas hati dengan kenyataan Ketua Pemuda Umno berhubung isu KK Mart.

    Bagaimanapun, lelaki berusia 68 tahun itu, yang mengalami masalah kesihatan, dibebaskan dengan jaminan polis.

    Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah, yang boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, denda atau kedua-duanya sekali.

    Tidak jelas sama ada kes ini ada kaitan dengan ugutan bunuh yang didakwa Akmal dimaklumkan kepadanya semalam.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah