26 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 28, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis Sarawak lupus dadah bernilai lebih RM2.6 juta

    Shopee Sale

    Polis Sarawak melupuskan pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM2.6 juta yang dirampas di seluruh negeri, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata.

    Beliau berkata pelupusan itu merangkumi barang kes dari 2017 hingga tahun ini yang melibatkan sebanyak 7,478 kes yang telah selesai siasatan serta perbicaraan mahkamah di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Racun 1952.

    "Barang kes yang dimusnahkan terdiri serbuk Ekstasi seberat 23.1 kilogram (kg), syabu (17.1 kg), ganja (12 kg), daun ketum (8.5 kg), pil Erimin 5 (2.4 kg), pil Nospan (0.7 kg), pil Ekstasi (0.13 kg), air ketum 85.60 liter dan 6,585 botol urin.

    "Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik melupuskan barang kes dadah dan racun menggunakan kaedah Loji Rawatan Termal di Trienekens Sarawak Sdn Bhd, syarikat bertauliah yang dilantik oleh Polis Diraja Malaysia," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Sarawak di Kuching hari ini.

    MENARIK:  'Port of call' amalan biasa tentera laut seluruh dunia - Khaled

    Beliau berkata pelupusan barang kes itu dijalankan mengikut peruntukan Seksyen 406A dan 407 Kanun Prosedur Jenayah.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah