26.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 6, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis buka kertas siasatan kes kecoh lepas JDT lawan KL City

    Shopee Sale

    Polis telah membuka kertas siasatan mengenai kejadian kekecohan di luar Stadium Cheras selepas aksi Liga Super antara Kuala Lumpur City dan Johor Darul Ta’zim FC (JDT), semalam.

    Ketua Polis Daerah Cheras ACP Ravindar Singh Sarban Singh berkata polis mengesan klip video berdurasi 4 minit 42 saat yang dimuat naik pemilik akaun Youtube ‘Fr7 Reborn’ pada 2 petang tadi memaparkan sekumpulan penyokong membaling objek dan mercun semasa keluar dari stadium selepas perlawanan itu.

    Beliau berkata polis turut menerima satu laporan polis berkenaan kes pecah cermin kereta daripada seorang lelaki warga tempatan dalam kejadian itu.

    “Usaha mengesan suspek yang terlibat dalam kekecohan berkenaan sedang giat dilakukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

    MENARIK:  26 NGO sokong bantahan biro PKR terhadap kerjasama Maybank-Microsoft

    Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu untuk menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/5051, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan.


    Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah