27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 12, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PN puji TMJ gesa siasatan menyeluruh kes OKU 'dipukul'

    Shopee Sale

    Perikatan Nasional (PN) berkata pihaknya menyambut baik dan menjunjung kasih kenyataan Pemangku Raja Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, yang menggesa polis menjalankan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan kejadian di luar sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 28 Mei lalu.

    "PN percaya komitmen baginda kepada kedaulatan serta proses undang-undang, menolak tindakan atau ugutan yang menyalahinya, serta jaminan keadilan kepada mangsa adalah sesuatu yang diharapkan oleh semua rakyat dalam sebuah negara yang demokratik dan bermaruah.

    "Selain merupakan cerminan kepada mutu kepimpinan baginda, komitmen sedemikian dalam kalangan anggota serta pegawai kerajaan juga boleh menjadi obor harapan bahawa negara berupaya pulih daripada kesan buruk penyakit kronisme, pendakwaan terpilih, kolusi, salah guna kuasa dan sebagainya yang menjangkiti kita sejak sekian lama," kata Ketua Whip Parlimen PN Takiyuddin Hassan pada satu kenyataan hari ini.

    Dia berkata tanpa komitmen dan keazaman politik yang kukuh, semua cakap-cakap, slogan atau impian sebuah masyarakat dan negara yang berintegriti, maju, adil serta telus akan kekal sebagai kata-kata, slogan dan impian tanpa pengisian serta pembuktian.

    "Dalam pada itu, PN turut mengalu-alukan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain hari ini bahawa pasukan itu sedang menjalankan siasatan menyeluruh kes berkaitan dan pihak-pihak terbabit akan dipanggil ke Bukit Aman bagi membantu siasatan.

    "Jaminan beliau bahawa tiada pelaku akan dibenarkan terlepas daripada tindakan tegas tanpa kompromi serta komitmen pasukan untuk mempertahankan keadilan dan melindungi hak individu juga disambut baik," kata Takiyuddin.

    Semalam Tunku Ismail turut mendedahkan kejadian seorang pemandu e-hailing yang kurang upaya didakwa diserang itu melibatkan pasukan pengiring keselamatan polis.

    Tunku Mahkota Ismail bertitah bahawa baginda tidak merestui sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang.

    “Saya tidak membenarkan sebarang tindakan atau ugutan yang menyalahi undang-undang.

    “Saya menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat secara menyeluruh berkaitan kejadian seorang pegawai polis pengiring yang didakwa melakukan perbuatan berbahaya,” titah baginda di media sosial.

    Tunku Mahkota Ismail juga berharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan mengikut undang-undang dan memberi keadilan sebaiknya kepada mangsa.

    Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Agung Pertubuhan Advokasi dan Kesejahteraan Pekak Malaysia (Dawn) Anthony Chong mendedahkan pemandu e-hailing itu, orang kurang upaya Ong Ing Keong telah menandatangani sejumlah empat laporan berhubung dakwaan serangan terhadapnya.

    Chong berkata mangsa serangan yang didakwa itu hanya menyumbang kepada satu laporan saja, iaitu yang pertama dibuatnya selepas kejadian pada 28 Mei lalu.

    MENARIK:  Saksi: MOF beri arahan pemilihan kontraktor Jana Wibawa

    "Terdapat empat laporan (keseluruhannya). Laporan pertama - dia memberitahu polis (mengenai kejadian itu) dan menandatanganinya," kata Chong kepada Malaysiakini selepas membuat semakan dengan Ong.

    "Kemudian dalam tiga laporan berikutnya, dia tidak menyumbang apa-apa. Polis sediakan laporan dan minta dia baca kemudian dia tandatangani," tambahnya.

    Malaysiakini telah menghubungi Chong untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai komen Ong di luar sidang media di Petaling Jaya semalam - apabila dia mendakwa polis menyediakan laporan "kedua" dan menyuruhnya menurunkan tanda tangan.

    Pada Rabu, Ketua Polis Kuala Lumpur Rusdi Mohd Isa berkata laporan kedua dibuat pada jam 9.45 malam sebelumnya (28 Mei).

    Laporan itu menyatakan Ong tidak mahu meneruskan perkara itu dengan lebih lanjut kerana ia telah diselesaikan.

    Beberapa jam sebelum itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Mohd Shuhaily Mohd Zain (gambar atas) memberitahu sidang media mangsa yang didakwa itu membuat laporan pada 1 tengah hari pada 28 Mei dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

    Ditanya jika Ong memahami sepenuhnya kandungan tiga laporan tambahan itu, Chong menyatakan keraguannya.

    “Apa yang saya faham, dia tidak faham sepenuhnya apa yang ditulis dalam laporan itu.

    "Dia hanya membaca perkataan tentang dirinya - seperti masa, hari, kerja, apa yang berlaku. Dia boleh mengenali perkataan (ini) dan dia bersetuju. Bagaimanapun, dia tidak boleh memahami ayat penuh," jelasnya.

    Chong berkata tiga laporan pertama dibuat pada 28 Mei manakala laporan keempat difailkan pada 29 Mei.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah