28.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 29, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PN akan terus tadbir Perlis bawah kepimpinan Shahidan – MB Perlis

    Shopee Sale

    Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli menyatakan keyakinannya terhadap masa depan Perikatan Nasional (PN) negeri itu bawah kepimpinan baru penggantinya Shahidan Kassim.

    Shukri berkata demikian ketika menyampaikan ucapan tahniah kepada Shahidan di media sosialnya pagi ini.

    “Semoga dengan pelantikan ini, YB Datuk Seri akan terus memimpin dan memperkukuh perpaduan serta kekuatan PN di negeri ini, sekali gus memastikan pentadbiran PN terus kekal mentadbir Perlis dan membawa kejayaan dalam PRU ke-16 kelak,” katanya.

    Shahidan, bekas pemimpin dan menteri Umno, memainkan perananan besar menumbangkan BN, yang pernah dipimpinnya, dalam pilihan raya umum lalu.

    MENARIK:  Mahkamah perintah tanah amanah Mahathir, tiga lain diserah ke Umno

    Terdahulu, Setiausaha Agung PN, Azmin Ali mengumumkan senarai pengerusi PN di seluruh negara yang menyaksikan Shukri dan anggota Parlimen Indera Mahkota Saifuddin Abdullah (Pahang) digugurkan.

    Saifuddin digantikan oleh Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man, yang juga ketua pembangkang negeri.

    Penukaran Saifuddin dibuat hanya beberapa hari selepas dia mendesak Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berundur.

    Beberapa pemimpin Bersatu sudah dipecat kerana didakwa melanggar disiplin parti dan dikaitkan dengan gerakan untuk mengetepikan Muhyiddin.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah