28.1 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 29, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PM Timor-Leste seru dialog, perkukuh keamanan demi kestabilan serantau

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Timor-Leste, Kay Rala Xanana Gusmão mengulangi kepentingan keamanan dan dialog dalam memastikan pembangunan mampan di seluruh rantau Asean dan seterusnya.

    Bercakap kepada pemberita di luar Sidang Kemuncak Asean ke-47 hari ini, Gusmão berkata rakan dialog badan serantau itu termasuk China, Jepun dan Korea Selatan kekal komited untuk bekerjasama bagi meningkatkan kerjasama dalam pelbagai sektor.

    “Rakan kita, bukan sahaja China, Jepun dan Korea, tetapi semua negara rakan yang lain kekal komited untuk terus bekerjasama dengan Asean bagi memperbaik kehidupan rakyat dan membangunkan setiap sektor.

    “Mereka juga bertekad untuk memastikan keamanan di rantau ini, menyampaikan mesej jelas kepada dunia bahawa tanpa keamanan, pembangunan mungkin tidak boleh dicapai,” katanya.

    MENARIK:  Wanita hilang ditemukan mati, dipercayai dibunuh

    Mengulas mengenai kemungkinan Asean diperluas untuk merangkumi lebih banyak negara anggota pada masa hadapan, dia berkata keputusan itu bergantung pada negara anggota yang lain.

    Ditanya perasaannya selepas berakhirnya sidang kemuncak ini nanti, Gusmão secara spontan menjawab, “Sejujurnya, sangat penat”.

    Pada 26 Okt lepas, Timor-Leste secara rasmi menjadi negara anggota ke-11 Asean, menandakan satu detik bersejarah bagi negara berkenaan dan badan serantau itu.

    Penyertaan itu yang merupakan peluasan pertama Asean dalam tempoh 26 tahun, dimuktamadkan melalui penandatanganan Deklarasi Kemasukan Timor-Leste ke dalam Asean.

    -Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah