Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak menahan seorang petugas sebuah bank bagi membantu siasatan kes rasuah berjumlah RM141,700 melibatkan kelulusan pinjaman berjumlah RM3.44 juta.
Pengarah SPRM Perak Ahmad Sabri Mohamed ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki berusia 40-an itu pada 4 petang semalam.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
"Kes masih dalam siasatan. Jika tiada keperluan untuk reman dalam tempoh 24 jam ini, (suspek) akan dilepaskan dengan jaminan,” katanya.