31.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 12, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PAS ada sedikit kejutan, bentang enam usul esok

    Shopee Sale

    MUKTAMAR PAS l Sebelum acara kemuncak dan penangguhan PAS akan membentangkan enam usul pada hari terakhir Muktamar Pas ke- 70 esok.

    Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari berkata, usul tersebut merupakan inti pati penting pada muktamar ini meliputi isu antarabangsa, politik dan ekonomi. 

    ”Esok kita akan ada sesi pembentangan usul-usul yang elemen penting setiap muktamar, selain kita bincang soal teknikal.

    ”Kita tak boleh dedahkan hari ini, cukup untuk saya sebut usul esok agenda penting dan ada sedikit kejutan untuk media dan Malaysia yang ikuti perkembangan parti kami,” katanya pada sidang media Muktamar Pas ke-70 di Kompleks Al-Makmur di Kerdau, Temerloh, hari ini.

    MENARIK:  Rakyat Malaysia maut ketika bersihkan kapal di Singapura

    Tambah Ahli Parlimen Pasir Mas itu, usul-usul tersebut akan mengambil masa sekitar dua jam untuk dibentangkan.

    ”Harap media dapat pick-up usul esok. Enam usul, kita bentangkan dalam masa dua jam sebelum ikuti ucapan penangguhan dan pembentangan usul pindaan perlembagaan,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah