31.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 12, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ops tangkap gajah di Kg Som esok – Perhilitan

    Shopee Sale

    Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang akan melaksanakan operasi menangkap gajah di Kampung Som, Jerantut esok.

    Pengarah Perhilitan negeri Rozidan Md Yasin berkata ia berikutan haiwan liar itu dilaporkan telah memusnahkan tanaman selain dibimbangi mengancam keselamatan penduduk kampung berkenaan.

    "Kawalan telah dilakukan Perhilitan Jerantut dan kita juga akan gerakkan operasi tangkapan esok," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

    MENARIK:  Tuntutan palsu projek lebuh raya: Tiga pengarah syarikat pembinaan didakwa

    Semalam media melaporkan kira-kira 400 penduduk Kampung Som berada dalam kebimbangan apabila dua gajah dewasa dilihat merosakkan kebun di kawasan itu beberapa hari lepas.

    Penduduk mendakwa haiwan berkenaan sering muncul lewat tengah malam dengan memakan tanaman terutamanya pokok pisang selain berharap gajah-gajah itu ditangkap dan dipindahkan ke tempat lain bagi menjamin keselamatan mereka.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah