29.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 8, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    NGO gesa k’jaan tukar struktur Mitra sebagai badan berkanun

    Shopee Sale

    Persatuan Jaringan Pembangunan Manusia Luar Bandar (DHRRA) Malaysia menyeru supaya mandat Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) ditakrif semula sebagai badan berkanun.

    Presiden DHRAA S Saravanan berkata Mitra mesti dijadikan sebuah badan berkanun atau agensi tetap dengan mandat undang-undang yang jelas bukan sekadar penyedia kebajikan terhad kepada sebuah agensi pembangunan strategik bagi menjamin peningkatan sosio-ekonomi masyarakat India secara mampan.

    "Buat masa ini, Mitra berfungsi lebih sebagai unit pengurusan krisis dengan 40 hingga 50% atau lebih daripada bajet digunakan untuk bantuan jangka pendek (seperti bantuan dialisis, bantuan kewangan pelajar, dan bantuan kecemasan).

    "Walaupun inisiatif ini penting untuk ketahanan komuniti, model kebajikan semata-mata ini tidak mampan dan gagal memenuhi visi pembangunan masyarakat India tanpa anjakan strategik. Adalah jelas bahawa mandat dan struktur Mitra yang sedia ada gagal membawa kemajuan mampan.

    "Justeru, DHRAA Malaysia dengan penuh hormat memohon Perdana Menteri Anwar Ibrahim melaksanakan pembaharuan asas menukar struktur Mitra sebagai agensi transformasi strategik," katanya dalam kenyataan hari ini.

    Selain itu, DHRRA juga mencadangkan peruntukan Mitra mesti disemak semula dan ditingkatkan melebihi siling RM100 juta serta dana perlu disusun semula dengan memberi keutamaan kepada program pembangunan berimpak tinggi.

    MENARIK:  Anwar mungkin dihumban jika k'jaan terus guna akta hasutan - penganalisis

    Kata Saravanan jika kerajaan masih mengekalkan fungsi kebajikan Mitra, kemudian bajet perlu ditingkatkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 agar bantuan kebajikan dan program transformasi dapat dilaksanakan dengan berkesan.

    "Selain itu, Mitra mesti diberikan kuasa untuk menyelaras dengan kementerian berkaitan (Pendidikan, Sumber Manusia, Kewangan) bagi memastikan kesinambungan dasar.

    "Laporan telus mengenai perbelanjaan kewangan dan impak program di lapangan perlu dilaksanakan secara berkala," katanya.

    Mitra bermula sejak tahun 2008 dengan penubuhan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Penyertaan Masyarakat India dalam Program dan Projek Kerajaan (CCIC) bagi menangani jurang struktur.

    Inisiatif ini membawa kepada pelancaran Pelan Induk Masyarakat India (MIB) serta penubuhan Sedic (Unit Pembangunan Sosio-Ekonomi Masyarakat India) pada 2017, yang kemudiannya dijenamakan semula sebagai Mitra pada 2018.

    Namun, keberkesanan Mitra telah terjejas akibat perubahan kerap dalam bidang kuasa pentadbiran antara Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Perpaduan Negara, sekali gus mewujudkan ketidakstabilan operasi yang ketara.

    Walaupun keputusan Kabinet pada April 2024 untuk mengembalikan Mitra ke JPM bertujuan memberikan fokus yang lebih jelas, cabaran berterusan membuktikan kapasiti institusi masih menjadi persoalan besar.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah