29.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 12, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    MP DAP gesa takwim 2026 elak peperiksaan seminggu sebelum, selepas Deepavali

    Shopee Sale

    Seorang ahli parlimen DAP menulis surat kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) agar tidak mengadakan sebarang penilaian akademik pada minggu perayaan Deepavali.

    Ketika dihubungi, Ahli Parlimen Klang V Ganabatirau mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa dia menghantar surat bertarikh 10 Okt kepada Menteri KPM Fadhlina Sidek dan Menteri KPT Zambry Abd Kadir mengenai perkara itu.

    "Saya menulis surat terhadap isu berulang setiap tahun berkaitan penjadualan peperiksaan dan pelbagai bentuk penilaian akademik di sekolah dan universiti yang dijalankan terlalu hampir dengan sambutan perayaan Deepavali.

    "Tahun ini sekali lagi pihak kami menerima banyak aduan daripada ibu bapa dan pelajar yang mendapati peperiksaan diadakan seawal minggu pertama Oktober dan ada yang berlanjutan sehingga minggu Deepavali.

    "Ada juga universiti yang menetapkan penilaian dalam talian atau kuiz sehari sebelum atau sehari selepas Deepavali, yang jelas mengganggu peranancangan perjalanan dan sambutan bersama keluarga.

    "Oleh itu, saya memohon supaya KPM dan KPT menyusun takwim tahun 2026 dengan mengambil kira perkara seperti tiada peperiksaan, penilaian berterusan, kuiz dalam talian, tugasan atau sebarang bentuk penilaian akademik dijalankan dalam tempoh seminggu sebelum dan seminggu selepas Deepavali," katanya.

    Tambahnya, dia juga meminta kedua-dua kementerian supaya tempoh cuti sekolah sempena Deepavali diselaraskan sekurang- kurangnya satu minggu, bagi memberi ruang kepada pelajar dan guru menyambut perayaan ini bersama keluarga.

    MENARIK:  Iran serang balas Israel guna peluru berpandu

    Sebelum ini, terdapat ibu bapa dan pelajar yang meluahkan rasa kecewa di media sosial dan media tempatan Tamil berhubung keputusan KPM mengadakan aktiviti penilaian akademik semasa menjelang perayaan Deepavali.

    Mengulas lanjut, Ganabatirau berkata Deepavali merupakan perayaan yang sangat penting bagi masyarakat India di Malaysia dan merupakan masa untuk ahli keluarga berkumpul, menjalankan upacara keagamaan dan memperkukuh hubungan kekeluargaan.

    "Malangnya, ramai pelajar setiap tahun terpaksa menghadapi peperiksaan, penilaian berterusan, tugasan dalam talian atau kuiz dalam tempoh sebelum dan selepas Deepavali. Keadaan ini menjejaskan semangat perayaan dan menimbulkan tekanan yang tidak wajar kepada pelajar serta keluarga mereka.

    "Kami faham bahawa peperiksaan dan penilaian akademik amat penting dalam sistem pendidikan negara. Namun, penyusunan takwim sekolah dan takwim universiti boleh dirancang dengan lebih peka dan teratur supaya pelajar tidak tertekan semasa musim perayaan.

    "Kementerian hendaklah memastikan perkara ini diambil kira oleh semua jabatan pendidikan negeri, institusi pendidikan, universiti awam dan swasta semasa merangka takwim akademik masing-masing," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah