29.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 12, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    MP Bachok anggap Belanjawan 2026 ‘tempang’, tak cukup berani

    Shopee Sale

    Seorang ahli parlimen PAS menganggap belanjawan yang dibentangkan Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat semalam sebagai “tempang” di sebalik pelbagai inisiatf dan pengumuman dibuatnya.

    Menurut Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman, dia melihat Belanjawan 2026 itu dibentangkan dalam suasana politik dan ekonomi yang mencabar.

    Ungkapan “sukacita diumumkan” disebut menteri kewangan merangkap perdana menteri semalam, katanya, juga menghantar isyarat bahawa peranancangan ekonomi kerajaan itu tidak sekadar belanjawan fiskan sebaliknya belanjawan prapilihan raya.

    Syahir yang dianggap antara pakar ekonomi dalam PAS beranggapan, ada kemungkinan PRU ke-16 diadakan lebih awal pada tahun hadapan.

    “Walaupun kerajaan menekankan keseimbangan antara pertumbuhan dan kebajikan rakyat, trajektori pertumbuhan sederhana ini menunjukkan ruang fiskal yang terhad untuk merangsang ekonomi secara lebih menyeluruh,” katanya dalam kenyataan semalam.

    Tambah Syahir, pelbagai perumtukan yang diumum Anwar menunjukkan kerajaan mahu menurunkan defisit fiskal kepada 3.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan selaras dengan komitmen di bawah Akta Tanggungjawab Fiskal.

    Menganggap langkah itu sebagai wajar, Syahir juga mengingatkan bahawa ia berisiko mengehadkan ruang bagi pembangunan strategik yang diperlukan untuk menjana pertumbuhan jangka panjang.

    “Malah Belanjawan 2026 dilihat suatu permulaan yang tempang untuk memenuhi aspirasi jangka panjang Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

    “Dari segi agihan wilayah, tumpuan utama diberikan kepada Sabah dan Sarawak melalui pelbagai projek infrastruktur dan peruntukan khas, yang dilihat berkait dengan persediaan menghadapi pilihanraya negeri (PRN) akan datang.

    MENARIK:  Peniaga sayur rugi lebih RM200,000 diperdaya skim pelaburan tak wujud

    Sebaliknya, negeri-negeri pembangkang iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis, tidak menyaksikan limpahan pembangunan yang seimbang walaupun negeri-negeri ini masih berdepan kekurangan infrastruktur asas serta kadar kemiskinan relatif yang tinggi,” katanya.

    Dari aspek sosial, tambah Syahir, peningkatan jumlah dan liputan bantuan tunai seperti Skim Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) memberi sedikit kelegaan kepada isi rumah berpendapatan rendah, di samping pelbagai subsidi dan bantuan tunai kepada petani, nelayan, orang kelainan upaya (OKU) dan pelajar sekolah, dan mahasiswa.

    “Namun, langkah ini tidak menyelesaikan isu struktur seperti ketidakseimbangan gaji, kenaikan harga barangan keperluan dan kekurangan peluang pekerjaan berkualiti.

    “Bantuan tunai tidak boleh dijadikan pengganti kepada reformasi ekonomi yang sebenar dan menyeluruh,” katanya.

    Secara keseluruhan, tambah Syahir, Belanjawan 2026 mencerminkan dilema kerajaan di antara keperluan mengekalkan disiplin fiskal dan tanggungjawab merangsang pertumbuhan.

    Walaupun terdapat usaha untuk mengekalkan kestabilan makroekonomi, katanya lagi, belanjawan dibentangkan semalam masih kurang berani untuk memperkenalkan reformasi struktur yang lebih mendalam bagi meningkatkan produktiviti, memperkukuh sektor pekerjaan, dan merapatkan jurang pembangunan wilayah.

    “Persoalannya, adakah Belanjawan 2026 benar-benar berani membetulkan asas ekonomi negara, atau sekadar menabur ‘bunga-bunga’ menjelang pilihan raya?” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah