26.8 C
Kuala Lumpur
Friday, October 3, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    MFL: Tiga pemain JDT digantung aksi liga Malaysia

    Shopee Sale

    Malaysian Football League (MFL) hari ini mengesahkan tiga pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak boleh beraksi dalam sebarang pertandingan Liga Malaysia selepas digantung 12 bulan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa).

    Dalam kenyataan, MFL berkata penggantungan itu susulan keputusan tatatertib Fifa terhadap tujuh pemain warisan kerana menggunakan dokumen dipalsukan.

    "Berdasarkan keputusan FIFA itu, MFL mengesahkan bahawa tiga pemain daripada kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) yang turut terlibat iaitu Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel tidak boleh beraksi dalam mana-mana pertandingan Liga Malaysia sepanjang tempoh penggantungan.

    "Tindakan susulan bagi kes ini hanya akan dibuat MFL apabila keputusan rayuan FAM diumumkan oleh Fifa selepas ini,” kata badan pengendali liga itu.

    Semalam, FAM memaklumkan pihaknya akan menunggu penghakiman penuh sebelum mengemukakan rayuan.

    MENARIK:  'Panggilan telefon Najib supaya 1MDB buat keputusan cekap'

    Setiausaha Agungnya, Noor Azman Rahman berkata rayuan akan difailkan mengikut proses undang-undang sedia ada, selain menegaskan pemain terbabit adalah rakyat Malaysia yang sah.

    Noor Azman berkata FAM telah mengenal pasti wujud kesilapan teknikal dalam proses penyerahan dokumen yang dilakukan oleh kakitangan pentadbiran.

    Fifa sebelum ini mendapati FAM menyerahkan dokumen palsu bagi mengesahkan kelayakan pemain, sekali gus membolehkan mereka diturunkan dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam pada 10 Jun.

    Susulan itu, FAM didenda CHF350,000 (RM1.8 juta) manakala tujuh pemain — Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomas Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Figueiredo, Irazabal dan Hevel — masing-masing didenda CHF2,000 (RM10,560) serta digantung 12 bulan daripada semua aktiviti berkaitan bola sepak.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah