30.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 5, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Menjelang PRN, Warisan cadang pembaharuan dalam kerajaan negeri

    Shopee Sale

    Setiausaha Agung Warisan Loretto Padua Jr baru-baru ini mencadangkan tiga reformasi kepada kerajaan Sabah jika parti itu menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN). 

    Cadangan tersebut ialah penubuhan badan rasmi atau 'ombudsman' antirasuah, meminta Jabatan Audit Negara menyiasat agensi-agensi kerajaan negeri dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang bermasalah, serta pembentangan kertas putih kabinet mengenai badan-badan bermasalah tersebut.

    Menyuarakan sokongan terhadap cadangan itu, Warisan Inanam berkata ia bukan cadangan baru dan parti itu telah membincangkannya sejak 2023.

    Ia berkata pihaknya menolak sistem pentadbiran lama yang telah menyebabkan Sabah dibelenggu rasuah dan salah guna kuasa, dan memilih kaedah tadbir urus yang baru dan bermutu.

    “Langkah-langkah ini boleh membantu menangani penyalahgunaan kuasa oleh Little Napoleon, membendung rasuah, dan sikap tidak bertanggungjawab oleh mereka yang diberi mandat untuk mentadbir negeri, dari peringkat kerajaan negeri hingga ke jawatan kampung.

    MENARIK:  Banjir di Kedah dijangka memburuk, penduduk terjejas dinasihat pindah

    “GLC dan agensi negeri dibiayai oleh wang pembayar cukai, dan ini boleh membantu mereka mencapai tahap prestasi yang boleh kita banggakan,” kata Warisan Inanam dalam kenyataan.

    Bahagian itu juga berkata langkah itu akan membolehkan rakyat menilai secara terbuka prestasi Warisan jika parti itu menjadi kerajaan, tidak seperti GRS yang disifatkannya sebagai gagal menunaikan janji.

    Parti itu berkata seorang anak Sabah, iaitu bekas Ketua Hakim Negara Richard Malanjum, telah dilantik sebagai ombudsman PBB, sambil menekankan yang sistem itu sedia untuk dilaksanakan di Sabah.

    PRN Sabah dijangka akan diadakan pada akhir tahun ini.

    Ia di tengah dakwaan rasuah berkaitan lesen penerokaan mineral yang membelenggu pemimpin kerajaan negeri, termasuk Ketua Menteri Hajiji Noor.

    Hajiji konsisten menafikan dakwaan itu dan menyatakan ia adalah usaha untuk menggugat kestabilan pentadbiran negeri menjelang PRN.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah