30.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 5, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Majlis hidang arak: PAS gesa PM segera pecat Tiong

    Shopee Sale

    PAS menggesa Perdana Menteri, Anwar Ibrahim segera mengambil tindakan tegas dengan memecat Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tiong King Sing, susulan dakwaan minuman beralkohol dihidangkan dalam sebuah majlis rasmi kerajaan.

    Ketua Penerangan PAS Pusat, Ahmad Fadhli Shaari berkata Alasan Tiong bahawa majlis tersebut “inisiatif pihak industri dan swasta” adalah tidak masuk akal.

    “Apabila sesuatu majlis telah dimuat naik dalam laman sesawang rasmi Tourism Malaysia dan dijadualkan sebagai sebahagian daripada program rasmi, maka kerajaan melalui Tourism Malaysia bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kandungan majlis tersebut.

    “Ini bukan kali pertama Menteri Pelancongan gagal menjaga sensitiviti umat Islam. Oleh itu, PAS mendesak agar Perdana Menteri mengambil tindakan tegas memecat Menteri Pelancongan (Tiong) serta-merta bagi memulihkan keyakinan rakyat dan menjaga kehormatan agama Islam sebagai agama rasmi negara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

    Tiong King Sing

    Terdahulu, Anggota Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin mendakwa minuman beralkohol dihidangkan dalam acara makan malam sempena program Global Travel Meet, sehingga menyebabkan tetamu beragama Islam meninggalkan majlis lebih awal.

    Beberapa gambar daripada majlis tersebut menunjukkan Tiong dan tetamu lain memegang gelas wain dan bir.

    Selain Mas Ermieyati, antara yang turut mengecam majlis makan malam itu ialah Ketua Pemuda Umno, Dr Mohd Akmal Salleh dan Ketua Dewan Ulama PAS, Ahmad Yahaya.

    MENARIK:  'Tak padan dengan tua, nak kata bodoh dah tua' - Sanusi jawab veteran Umno

    Bagaimanapun, Tiong menepis dakwaan itu dan menjelaskan majlis makan malam itu adalah inisiatif pihak industri dan sektor swasta.

    Tiong menjelaskan Tourism Malaysia hanya bertanggungjawab menganjurkan acara Global Travel Meet selama dua setengah hari.

    Katanya lagi, Tourism Malaysia hanya meminjam platform majlis makan malam tersebut bagi tujuan pelancaran Kalendar Acara Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

    Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli membangkitkan pelanggaran terhadap Pekeliling Perbendaharaan berkaitan “Peraturan Mengenai Keraian Rasmi”, yang menurutnya melarang penyediaan arak dalam majlis kerajaan.

    Dia berkata tindakan itu juga bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan.

    Ahmad Fadhli turut memetik Irsyad Hukum Siri ke-224 oleh Mufti Wilayah Persekutuan yang menyatakan haram bagi umat Islam menghadiri majlis yang menghidangkan arak.

    “Perkara ini bukan sahaja memalukan, malah mengguris sensitiviti umat Islam di negara ini. 

    “Tatkala seluruh negara menumpukan perhatian kepada keselamatan sukarelawan Global Sumud Flotilla, ada pihak dalam kerajaan Madani memilih untuk merobek sensitiviti umat Islam,” katanya lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah