30.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 8, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    LHDN sekat 182,666 pembayar cukai ke luar negara – Lim

    Shopee Sale

    PARLIMEN l Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah melaksanakan sekatan perjalanan ke atas 182,666 individu yang mempunyai tunggakan cukai setakat 29 Februari lepas.

    Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying berkata daripada keseluruhan jumlah itu, 171,571 kes melibatkan individu yang mempunyai tunggakan cukai pendapatan, manakala 11,095 kes membabitkan individu yang mempunyai tunggakan Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT).

    Beliau berkata secara umumnya sebelum sebarang tindakan sekatan perjalanan dikuatkuasakan, pihak LHDN akan melakukan tindakan awal terhadap pembayar cukai dengan menghantar beberapa surat peringatan mengenai tuntutan bayaran tunggakan cukai dan menghantar emel pemakluman tunggakan cukai serta menghubungi pembayar cukai terbabit.

    "Kegagalan menyelesaikan bayaran tunggakan cukai mengikut tempoh ditetapkan akan mengakibatkan pembayar cukai berdepan dengan tindakan sekatan perjalanan ke luar negara," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara, hari ini.

    Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datin Ros Suryati Alang yang bertanya mengenai statistik bilangan kes sekatan perjalanan dilaksanakan oleh LHDN kepada individu yang tidak menjelaskan pembayaran cukai.

    MENARIK:  'Kami sahut cabaran MB, buktikan penduduk asal Kg Sri Makmur'

    Pembayar cukai boleh menyemak status tunggakan cukai melalui portal MyTax, selain membuat semakan sekatan perjalanan di laman web Jabatan Imigresen Malaysia sekiranya terdapat sekatan yang dikuatkuasakan oleh agensi-agensi lain.

    Lim berkata sekiranya pembayar cukai disekat semasa di lapangan terbang, pegawai imigresen akan merujuk pembayar cukai kepada pegawai perhubungan awam LHDN untuk mengambil tindakan selanjutnya bagi tujuan pelepasan ke luar negara.

    "Berdasarkan hasil rundingan antara pembayar cukai dan pegawai perhubungan awam LHDN, pelepasan akan diberikan dengan segera selepas kaedah penyelesaian tunggakan cukai dipersetujui, sama ada pembayaran sebahagian atau sepenuhnya," katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah