27.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 12, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Lelaki, wanita ditemui maut dipercayai kena bunuh

    Shopee Sale

    Seorang lelaki dan wanita ditemui maut dengan kesan tikaman pada bahagian badan dipercayai dibunuh di Taman Nona, Guar Chempedak, dekat Yan malam tadi.

    Ketua Polis Daerah Yan Supt Mohamad Hamizi Abdullah berkata pihaknya menerima maklumat kejadian itu kira-kira jam 9.40 malam.

    "Kejadian membabitkan seorang lelaki berumur 30 tahun dan seorang wanita berusia 28 tahun ditemui mati dengan kesan kecederaan pada badan akibat ditikam dengan menggunakan senjata tajam.

    "Wanita itu ditemui di tempat duduk hadapan penumpang kereta Proton Wira yang berada di hadapan sebuah rumah, manakala lelaki terbabit ditemui dalam keadaan tertiarap di atas jalan," katanya dalam kenyataan hari ini.

    MENARIK:  Pemuda Umno gesa tubuh RCI berhubung polemik Fashion Valet, Nafas

    Mohamad Hamizi berkata polis masih menjalankan siasatan tentang hubungan di antara wanita dengan lelaki terbabit.

    "Polis sedang dalam usaha mengenal pasti suspek yang terlibat dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

    "Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah untuk tindakan lanjut," katanya.

    - Bernama

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah