26.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 8, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    K’jaan nafi SUV tidak boleh didaftarkan sebagai e-hailing

    Shopee Sale

    Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan atau kenyataan yang mengehadkan penggunaan kenderaan jenis Sport Utility Vehicle (SUV) bagi tujuan pendaftaran e-hailing

    Menteri Pengangkutan Anthony Loke menerusi kenyataan memaklumkan tiada sebarang perubahan dasar dibuat berkaitan kelayakan jenis kenderaan untuk digunakan dalam perkhidmatan e-hailing.

    “Semua kenderaan yang memenuhi syarat teknikal serta mempunyai kapasiti tempat duduk antara empat hingga 11 orang adalah layak untuk dipertimbangkan bagi pelesenan e-hailing (EHO),” katanya.

    MENARIK:  Starbucks Tawau diconteng ‘boikot’, ‘Free Palestine’

    Kenyataan itu dikeluarkan bagi menjelaskan laporan media yang menimbulkan kekeliruan mengenai status penggunaan kenderaan jenis SUV untuk tujuan pendaftaran e-hailing.

    Loke berkata pihaknya memahami kebimbangan dalam kalangan pemandu e-hailing serta syarikat pengendali, dan memberi jaminan bahawa urusan pendaftaran kenderaan akan diteruskan seperti biasa mengikut peraturan dan garis panduan sedia ada.

    Sebelum ini terdapat laporan menyebut bahawa kenderaan jenis SUV tidak lagi dibenarkan mendaftar untuk e-hailing.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah