28.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 29, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    K’jaan dicadang pertimbang tambahan 300 liter petrol subsidi bagi e-hailing

    Shopee Sale

    Kerajaan dicadangkan mempertimbangkan pemberian automatik tambahan 300 liter petrol bersubsidi menerusi inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) kepada pemandu e-hailing aktif yang memiliki Lesen Memandu Vokasional (PSV) serta Permit Kenderaan E-Hailing (EVP).

    Chiew Choon Man (PH-Miri) berkata terdapat jurang dalam pelaksanaan inisiatif berkenaan yang perlu segera diperbaiki supaya subsidi bersasar itu benar-benar dapat dimanfaatkan golongan layak, khususnya mereka yang menjadikan bidang e-hailing sebagai sumber pendapatan utama.

    Beliau berkata mekanisme semakan kuota dan penilaian penggunaan petrol bagi pemandu e-hailing ketika ini didakwa tidak mengambil kira faktor seperti pembatalan tempahan,kesesakan lalu lintas serta jarak perjalanan ke lokasi penumpang.

    “Saya mencadangkan supaya pemandu yang memiliki PSV dan EVP diberi terus tambahan 300 liter menerusi BUDI95, menjadikan 600 liter sebulan bagi kategori e-hailing aktif,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 peringkat dasar di Dewan Rakyat hari ini.

    Sebelum ini, kerajaan mengumumkan bahawa kelayakan bagi kuota tambahan di bawah BUDI95 untuk pemandu e-hailing dan p-hailing akan ditentukan berdasarkan tahap penggunaan bahan api masing-masing.

    Sementara itu, Datuk Seri Aminuddin Harun (PH-Port Dickson) menyifatkan penjimatan keseluruhan lebih RM15 bilion setahun hasil pelaksanaan penyasaran subsidi sebagai kejayaan besar dalam memperkukuh pengurusan kewangan negara yang berkesan, berintegriti dan berpaksikan kepentingan rakyat.

    Beliau berpandangan hasil kutipan dan penjimatan itu mampu meningkatkan keupayaan kerajaan menampung pelaksanaan pelbagai program untuk rakyat tanpa perlu menambah hutang baharu, termasuk melalui peruntukan bagi bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Sumbangan Asas Rahmah (SARA) serta tambahan dana kepada negeri berpendapatan rendah.

    MENARIK:  Putin: Malaysia rakan lama penting dipercayai Rusia

    Isu pelaksanaan subsidi bersasar turut dibangkitkan Ahli Parlimen lain, antaranya Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) dan Datuk Mohd Isam Mohd Isa (BN-Tampin) yang menegaskan keperluan kerajaan menambah baik mekanisme bantuan agar benar-benar sampai kepada golongan sasaran serta mengelak ketirisan.

    Hassan mencadangkan kerajaan memperkenalkan cukai kekayaan terhadap golongan maha jutawan dan bilionair di negara ini bagi meningkatkan hasil negara tanpa membebankan rakyat berpendapatan rendah.

    Beliau berkata langkah itu selari dengan pendirian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa mengenakan cukai kepada golongan rakyat miskin adalah tidak bermoral.

    “Jadi sudah sampai masanya golongan kaya ini kita kenakan cukai kekayaan atau capital tax. Tarif jutawan yang saya maksudkan ini, rakyat Malaysia yang memiliki harta bernilai sekurang-kurangnya USD1 juta dan bukan RM1 juta,”katanya.

    Beliau berkata cadangan itu wajar diberi perhatian memandangkan jumlah individu berstatus jutawan di Malaysia berdasarkan nilai aset global semakin meningkat, daripada 85,126 orang pada 2022 dan dijangka mencecah 164,839 orang menjelang 2027.

    Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Alice Lau Kiong Yieng memaklumkan seramai 159 Ahli Parlimen mengambil bahagian dalam sesi perbahasan Belanjawan 2026 di peringkat dasar yang berakhir hari ini.

    Katanya sesi penggulungan perbahasan oleh menteri-menteri sakan berlangsung selama empat hari bermula esok.

    Persidangan Dewan Rakyat bersambung esok.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah