27.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 12, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kerajaan negeri berhak tak luluskan lesen jualan vape – Menteri

    Shopee Sale

    Kerajaan negeri melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) mempunyai hak untuk tidak mengeluarkan lesen kepada peniaga vape atau rokok elektronik, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

    Beliau berkata perkara itu selaras dengan peruntukan undang-undang kecil yang membolehkan kerajaan negeri menetapkan dasar penjualan perananti berkenaan di negeri masing-masing.

    “Beberapa negeri telah mengambil inisiatif untuk tidak memberikan lesen kepada peniaga vape. Ini adalah hak kerajaan negeri kerana mereka mempunyai ruang dari segi perundangan dan ketetapan dibuat berdasarkan polisi masing-masing,” katanya.

    Dzulkefly berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Prapelancaran Persidangan Penjagaan Kesihatan Antarabangsa Malaysia (MIH) Megatrends 2025, di Kuala Lumpur, hari ini.

    MENARIK:  Dakwaan diskriminasi: Pekerja Suhakam piket Jumaat ini

    Beliau mengulas kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay bahawa kerajaan negeri boleh mengambil tindakan mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape memandangkan produk itu kini dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah sintetik baharu.

    Mengulas lanjut, Dzulkefly berkata di peringkat Persekutuan, kawal selia penjualan vape adalah mengikut Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang dilaksanakan secara berfasa mulai 1 Okt tahun lepas.

    Pada masa ini, penguatkuasaan Akta 852 masih berada di peringkat advokasi, bagi memberi ruang kepada peniaga menyesuaikan diri dan mematuhi peraturan berkaitan penjualan vape atau rokok elektronik, sebelum tindakan penguatkuasaan sepenuhnya bermula 1 Okt ini.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah