26 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 28, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kedah, Perak FC tersingkir dari Liga Super, gagal dapat lesen

    Shopee Sale

    Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan Perak FC tidak akan beraksi dalam saingan Liga Super musim depan selepas gagal memperoleh lesen kebangsaan daripada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

    Pengerusi Badan Bebas First Instance Body (FIB) Pelesenan Kelab MFL Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif berkata kegagalan dua pasukan itu memenuhi kriteria kewangan seperti ditetapkan dalam Peraturan Pelesenan MFL Edisi 2024-2025 (MFL CLR) menjadi punca utama lesen kebangsaan mereka ditolak.

    “Lapan pasukan Liga Super berjaya memperoleh lesen kebangsaan untuk musim 2025-2026 iaitu Johor Darul Ta'zim FC (JDT), Selangor FC, Penang FC, Kuching City FC, Sabah FC, Terengganu FC, Sri Pahang FC dan Negeri Sembilan FC,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

    MENARIK:  Gempa bumi kuat di Rusia tiada ancaman tsunami kepada Malaysia

    Dua pasukan Liga Bola Sepak Amatur (AFL A1), iaitu Melaka FC dan Imigresen FC, turut menerima lesen kebangsaan selepas permohonan mereka di bawah Artikel 15 melalui Lesen Kebangsaan Luar Biasa diluluskan FIB untuk saingan Liga Super musim depan.

    Dalam pada itu, Sheikh Mohd Nasir berkata tiga kelab lain – Kuala Lumpur City FC, Kelantan Darul Naim FC dan PDRM FC – diberikan lesen kebangsaan bersyarat selaras dengan Artikel 8(l) MFL CLR.

    "Kelab terbabit perlu mengemukakan maklumat kewangan tambahan bagi memenuhi Kriteria Kewangan selewat-lewatnya pada 31 Mei ini.

    “Kegagalan mematuhi syarat ditetapkan boleh menyebabkan lesen kebangsaan mereka ditarik balik oleh FIB,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah