27.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 12, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kebakaran saluran gas: Bomba dalam proses pindah penduduk

    Shopee Sale

    Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kini dalam proses memindahkan penduduk setempat dari lokasi berhampiran kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Height, Subang Jaya, Selangor.

    Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata kebakaran berkenaan yang melibatkan kebocoran saluran paip gas dengan anggaran panjang saluran terbakar 500 meter, berlaku berhampiran kawasan perumahan awam.

    "Setakat ini belum dapat dipastikan bilangan penduduk yang terlibat (dipindahkan)," katanya dalam kenyataan, hari ini.

    Ahmad Mukhlis berkata 41 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya, Puchong, Shah Alam, Bukit Jelutong, Cyberjaya, Rawang, Klang Selatan, Klang Utara dan Damansara dikerahkan ke lokasi kejadian.

    MENARIK:  Ibu bergelut hidup lepas anak dibunuh, suami ditahan

    Terdahulu beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada 8.23 pagi tadi dan operasi pemadaman sedang giat dijalankan.

    Seorang pengguna TikTok menggunakan akaun Perodua PuchongJayaJeffry, mendakwa letupan kuat kedengaran berlaku sebelum api dilihat menjulang tinggi dan ia masih marak sehingga pukul 10 pagi tadi.

    Sementara itu polis juga telah menutup laluan ke lokasi kejadian.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah