27.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 6, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Izzah: Sudah tiba masanya reformasi dasar dadah berasaskan kasih sayang

    Shopee Sale

    Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menyeru semua pihak termasuk kerajaan, NGO, agensi penguat kuasa dan komuniti untuk bekerjasama serta meneruskan usaha reformasi dasar dadah secara inklusif dan berasaskan kasih sayang.

    Dia menegaskan perjuangan menentang penyalahgunaan dadah di Malaysia perlu beralih daripada pendekatan hukuman kepada pendekatan berasaskan bukti dan prinsip kemanusiaan.

    Berucap pada majlis penutup Drug Policy Summit Malaysia 2025 di Kuala Lumpur hari ini, bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata dasar punitif yang diamalkan sejak sekian lama tidak lagi relevan, dan Malaysia perlu melaksanakan pendekatan lebih progresif.

    "Kita terlalu lama bergantung pada pendekatan kekerasan. Sudah tiba masanya kita menumpukan kepada dasar berasaskan kasih sayang, bukti, dan pemulihan," katanya.

    Dia turut mengimbau sejarah “peranang menentang dadah” yang dilancarkan Presiden Amerika Syarikat Richard Nixon pada tahun 1973 yang disifatkannya sebagai gagal.

    "Nixon sendiri pernah berkata marijuana sebenarnya tidak berbahaya.

    "Dia juga mengakui bahawa hukuman penjara 30 tahun bagi kesalahan memiliki marijuana adalah tidak masuk akal kerana hukuman mestilah sepadan dengan jenayah.

    “Lima puluh tahun kemudian, kita melihat kesannya apabila berjuta-juta masyarakat kulit hitam di Amerika terjejas, kehidupan mereka musnah akibat dasar yang gagal," tambahnya.

    Nurul Izzah menegaskan Malaysia perlu belajar daripada pengalaman tersebut dengan melaksanakan dasar berasaskan penyelidikan saintifik, rawatan serta pendekatan pengurangan kemudaratan (harm reduction).

    Menurutnya, langkah itu tidak bermaksud menerima penggunaan dadah, sebaliknya memastikan rawatan lebih berkesan dan menyelamatkan nyawa.

    MENARIK:  Lebih 17,900 ditahan sebab miliki, guna rokok elektronik di Singapura

    “Memperjuangkan harm reduction bukan bermaksud kita menyokong penggunaan dadah. Kita berusaha untuk memahami dan merawat,” tegasnya.

    Dia turut memuji usaha kerajaan memperkenalkan modul pemulihan menyeluruh yang memberi fokus kepada kaunseling, latihan kemahiran dan sokongan pekerjaan kepada bekas banduan bagi mengurangkan kesesakan penjara serta kadar pengulangan kesalahan.

    Katanya, pengalaman ketika pandemik Covid-19 membuktikan reformasi sistem penjara dan dasar pemulihan mampu menjimatkan kos dan mengurangkan beban institusi penjara.

    "Hasil kerja keras ketika pandemik telah menunjukkan kejayaan. Kita berjaya menjimatkan jutaan ringgit dengan mengurangkan kesesakan penjara," katanya.

    Dalam ucapannya, Nurul Izzah turut memberi amaran bahawa sindiket dadah kini bergerak lebih pantas pasca-pandemik, justeru memerlukan strategi rentas agensi melibatkan penguatkuasaan, kesihatan awam dan hak asasi manusia.

    Sebagai penutup, Nurul Izzah menyuarakan harapan agar perjuangan reformasi dasar dadah diteruskan dengan semangat bersama serta kefahaman mendalam terhadap realiti ketagihan.

    Katanya, penggunaan dadah sering berpunca daripada ketakutan, kekosongan dan keinginan yang dialami individu. Tanpa memahami puncanya, masyarakat tidak mampu membezakan antara sekadar “hidup” dan benar-benar “menjadi manusia”.

    Drug Policy Summit Malaysia 2025, yang berakhir semalam dengan tema “Evidenced, Compassionate and Inclusive Reform”, menghimpunkan pembuat dasar, ahli akademik, pakar kesihatan awam, agensi penguat kuasa dan pertubuhan masyarakat sivil untuk membincangkan hala tuju baru dasar dadah negara.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah