26 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 28, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Isu pemain warisan dalam skuad bola sepak kebangsaan tak wajar diperbesar’

    Shopee Sale

    Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata isu pemain berstatus warisan dalam skuad bola sepak kebangsaan tidak wajar diperbesarkan.

    Yeoh berkata pemain berdarah warisan juga merupakan individu yang memiliki pertalian darah dengan rakyat Malaysia, sekali gus layak buat mereka menyarung jersi kebangsaan.

    “Jadi kalau pemain warisan boleh memperkasakan permainan pasukan kebangsaan, saya rasa tak ada salah kerana mereka juga rakyat Malaysia.

    “Kita mesti beri sokongan kepada mereka dan ini juga antara perjuangan kita di Parlimen baru-baru ini dalam meminda Perlembagaan Persekutuan supaya wanita Malaysia yang melahirkan anak di luar negara boleh mewariskan kerakyatan kepada anak mereka,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Liga Sepak Takraw (STL) musim baru di Kuala Lumpur hari ini.

    MENARIK:  Bumbung pasar raya di Puncak Alam terbakar

    Sebelum ini, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerima kritikan selepas didakwa terlalu bergantung kepada pemain warisan serta kepakaran luar negara dalam mencorakkan skuad Harimau Malaya.

    Yeoh berkata apa yang lebih penting pada masa ini ialah memastikan pemain terlibat dapat merasakan kehadiran peminat bola sepak tanah air yang sentiasa akan berada di belakang mereka memberikan sokongan.

    Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail turut menyuarakan rasa kurang senang terhadap kritikan berterusan yang dilemparkan terhadap usaha bagi memajukan bola sepak negara, termasuk penglibatan pemain warisan.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah