27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 12, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hidangan arak: Chong bela Tiong, sindir SUPP

    Shopee Sale

    Sarawak terus dihangatkan dengan pertikaian isu arak yang melibatkan salah seorang anak tempatan yang dikenali ramai, iaitu Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Tiong King Sing.

    Terbaru Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen, pula tampil mempertahankan Tiong dan pada masa sama mengambil peluang untuk menyindir kepimpinan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

    Chong mendakwa pemimpin SUPP cuba mengelirukan orang ramai dengan memberi gambaran seolah-olah kerajaan negeri bebas menghidangkan – dan menanggung kos – minuman beralkohol dalam majlis rasmi.

    Ia merujuk kepada kenyataan berbaur rasa bangga parti terbabit bagi menunjukkan mereka boleh mengambil minuman keras pada bila-bila masa yang mereka mahu.

    “Sepanjang 20 tahun saya menghadiri jamuan rasmi kerajaan negeri Sarawak sebagai seorang wakil rakyat, tidak setitik pun arak pernah dihidangkan dalam semua jamuan itu.

    “Nampaknya kerajaan Sarawak juga tidak membenarkan atau membayar minuman beralkohol untuk dihidangkan dalam jamuan rasmi kerajaan negeri.

    “Saya juga tidak fikir pemimpin SUPP boleh minum arak ‘bila-bila masa mereka mahu’ dalam jamuan rasmi kerajaan negeri,” tulisnya di Facebook.

    Justeru Adun Padungan itu mencadangkan supaya SUPP berhenti mengejek Tiong, sebaliknya melakukan sesuatu yang lebih bermanfaat – seperti mengembalikan bir jenama “Santubong” ke pasaran, membantu usahawan tempatan, serta menghalang “ekstremis sempit agama ” daripada bertapak di Sarawak.

    Impak besar perniagaan

    Kontroversi itu bertambah menarik apabila Timbalan Premier, Dr Sim Kui Hian, cuba membezakan Sarawak daripada Semenanjung Malaysia dengan menekankan sikap lebih terbuka negeri itu terhadap alkohol.

    “Di sini (Sarawak), kami tidak berdepan sekatan apabila mahu minum, tidak seperti di Semenanjung Malaysia.

    “Di sini, kita minum bila kita mahu – bukan masalah besar. Itu memang cara hidup kita,” kata presiden SUPP itu, kelmarin.

    Namun, Adun Pending daripada DAP, Violet Yong, mempersoalkan sikap berdiam diri Sim ketika bir Santubong ditarik balik dari pasaran sebelum ini.

    Bulan lalu, Zebrew Craft Beer – kilang yang menghasilkan jenama tempatan itu – mengumumkan penghentian pengeluaran dan menarik balik bir Santubong dari rak jualan “disebabkan respon dan perhatian melampau terhadap nama minuman tersebut.”

    MENARIK:  Saravanan, Puad perang mulut isu ugutan MIC keluar BN

    Langkah itu diambil selepas mendapat tentangan daripada beberapa pihak, termasuk Ahli Parlimen Santubong merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Nancy Shukri.

    Tiong King Sing

    Sementara itu, Chong berhujah bahawa desakan supaya Tiong meletak jawatan ekoran isu arak yang dihidangkan dalam majlis dihadiri menteri terbabit sebagai tidak tepat.

    Katanya Tiong sudah memberi penjelasan di Dewan Rakyat bahawa majlis makan malam yang menghidangkan alkohol itu bukan acara yang ditanggung kerajaan.

    “Jamuan itu dibiayai sektor swasta, maka tidak ada masalah untuk beliau hadir.

    “Tambahan pula, majlis itu merupakan sambutan untuk acara Global Travel Meet yang diunjurkan memberi impak perniagaan lebih RM420 juta kepada negara.

    “Pencapaian serta manfaat langsung sebegini kepada negara sepatutnya menjadi fokus utama, bukannya sentimen lain yang tidak membina serta berpotensi memecahbelahkan negara kita yang berbilang kaum dan agama,” katanya.

    Dia turut mengingatkan pengkritik bahawa sektor pelancongan Malaysia sedang meningkat pesat di bawah kepimpinan Tiong.

    “Sejak beliau dilantik sebagai menteri pelancongan, industri pelancongan Malaysia telah membuat kebangkitan semula yang luar biasa mulai 2023, dengan kutipan hasil pelancongan mencecah hampir RM300 bilion dari 2023 hingga 2025 – bermula RM71.3 bilion pada 2023, melonjak melebihi RM100 bilion pada 2024, dan dijangka mencapai RM125 bilion pada 2025,” jelasnya.

    Chong berkata, selepas penjelasan itu, desakan berterusan PAS dan PN supaya Tiong meletak jawatan “hanya menunjukkan bahawa pemimpin-pemimpin ini sanggup melakukan apa sahaja untuk mencemarkan dan menjejaskan kerajaan persekutuan, termasuk mengabaikan prestasi menteri yang terbukti baik serta memainkan sentimen perkauman yang memecahbelahkan.”

    Bagi SUPP pula, dia menuduh pemimpin terbabit mencurah minyak ke dalam api dengan terus meniupkan naratif perpecahan yang sama.

    [Baca berita asal]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah