27.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, September 27, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hannah: Beri ruang FAM lengkapkan proses rayuan

    Shopee Sale

    Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menggesa semua pihak supaya memberi ruang kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), untuk melengkapkan proses rayuannya terhadap sekatan yang dikenakan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

    Hannah berkata kementerian memandang serius keputusan FIFA, sambil menegaskan bahawa keutamaan masa ini ialah memastikan semua proses dijalankan dengan penuh integriti demi kepentingan negara.

    “Keutamaan sekarang adalah untuk FAM lengkapkan proses rayuan perundangan FIFA dan antarabangsa sehingga selesai sepenuhnya. Kesan perkara ini bukan sahaja melibatkan tujuh pemain tetapi seluruh pasukan kebangsaan kita,” katanya dalam satu hantaran di laman Instagram, hari ini.

    Beliau turut mengakui kekecewaan yang dirasai penyokong Harimau Malaya susulan keputusan FIFA itu, sambil menambah bahawa beliau juga berkongsi perasaan yang sama.

    “Sama seperti ribuan penyokong Harimau Malaya di luar sana, saya juga berasa sedih dan marah apabila membaca mengenai keputusan FIFA,” katanya.

    Hannah juga mengulangi komitmennya untuk melindungi hak dan kebajikan setiap atlet Malaysia tanpa mengmbil kira jenis sukan.

    Semalam, FAM dan tujuh pemain naturalisasi kebangsaan dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA kerana didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC), berkaitan pemalsuan dokumen.

    FIFA memaklumkan tujuh pemain dikenakan tindakan ialah Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomas Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui serta Hector Alejandro Hevel Serrano.

    MENARIK:  Polis tembak mati tiga individu terlibat sindiket curi kenderaan

    Pemain yang dikenakan tindakan itu ialah Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Tomas Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Javier Machuca, Joao Vitor Brandao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano.

    Menurut kenyataan FIFA, FAM didapati menyerahkan dokumen yang dipalsukan bagi mengesahkan kelayakan pemain, membolehkan mereka diturunkan dalam pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam pada 10 Jun lepas.

    Sehubungan itu, FAM dikenakan denda CHF350,000 (kira-kira RM1.8 juta), manakala setiap pemain didenda CHF2,000 (kira-kira RM10,560) dan digantung selama 12 bulan daripada semua aktiviti berkaitan bola sepak, berkuat kuasa mulai tarikh notifikasi keputusan tersebut.

    Walau bagaimanapun, FAM menerusi kenyataan akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan FIFA berhubung hukuman dikenakan ke atas badan induk itu serta tujuh pemain warisan negara.

    Pemangku Presiden FAM Datuk Mohd Yusoff Mahadi mengesahkan pihaknya telah menerima keputusan rasmi FIFA mengenai kes berkenaan, sambil menegaskan semua dokumentasi dan prosedur berkaitan telah dikemukakan secara telus mengikut garis panduan ditetapkan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah