29 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 8, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Hajiji, Musa tiba di Istana Seri Kinabalu

    Shopee Sale

    Situasi tenang di beberapa lokasi tumpuan utama di bandar raya ini meskipun spekulasi pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hangat diperkatakan.

    Tinjauan Bernama di Istana Seri Kinabalu mendapati kenderaan membawa Ketua Menteri Hajiji Noor masuk pada jam 8.51 pagi.

    Kenderaan membawa Yang di-Pertua Negeri Sabah Musa Aman pula masuk pada 9.20 pagi.

    Beberapa petugas media turut berkumpul seawal 8 pagi di hadapan istana bagi membuat liputan.

    MENARIK:  Kontroversi ham: Wanita mohon maaf sakitkan hati orang ramai

    Sementara itu di Menara Kinabalu, pusat pentadbiran negeri Sabah, petugas media turut berkumpul seawal 9 pagi bagi melakukan persediaan pengumuman pembubaran DUN.

    Situasi di Menara Kinabalu juga tenang dengan aktiviti berjalan seperti biasa, namun difahamkan satu majlis bersama pemimpin negeri akan diadakan di menara itu hari ini.

    Setakat berita ini ditulis masih tiada pemakluman rasmi mengenai pembubaran DUN atau jemputan menghadiri sidang media perkara itu.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah