27.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, September 25, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    GRS yakin menang banyak kerusi, tak perlukan BN – Zahid

    Shopee Sale

    BN mengulangi pendirian bersedia bekerjasama dengan mana-mana parti dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah, kecuali dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

    Pengerusinya Ahmad Zahid Hamidi berkata pendekatan kerjasama itu selaras dengan prinsip BN untuk mengelakkan pertindihan kerusi yang berpotensi dimenangi, khususnya melalui pakatan dengan rakan-rakan politik seperti PH serta pihak lain yang sehaluan. 

    "BN-PH 'plus' 'plus' 'plus' bermaksud kita bersedia bersama mana-mana pihak yang bersetuju dengan prinsip parti kita bagi mengelakkan pertindihan kawasan yang mempunyai kelebihan dari segi peluang kemenangan.

    MENARIK:  Kes pempengaruh bunuh diri: Ibu buat laporan terhadap 3 individu

    "Dengan GRS, kita sudah muktamadkan (tidak bekerjasama) kerana mereka yakin mampu menang banyak, jadi mereka tidak memerlukan BN," katanya selepas Majlis Peluncuran Ikondesa di Putrajaya hari ini.

    DUN Sabah akan terbubar secara automatik pada 11 Nov ini bagi memberi laluan kepada PRN17.

    Sebelum ini, Ahmad Zahid yang juga Presiden Umno dilaporkan berkata BN tidak akan meletakkan calon di semua 73 kerusi DUN, sebaliknya telah mengenal pasti jumlah kerusi yang difikirkan sesuai untuk ditandingi.

    -Bernama


    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah