28.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 11, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Doktor swasta bantah kadar lantai RM10 – ‘alat korporat tekan bayaran’

    Shopee Sale

    Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM) menggesa kerajaan supaya melarang pihak pentadbir pihak ketiga (TPA) dan organisasi pengurusan penjagaan (MCO) daripada memaksa kadar bayaran balik perundingan agar mengikut kadar minimum yang ditetapkan kerajaan.

    Presiden FPMPAM, Dr Shanmuganathan Ganeson berkata langkah itu telah melemahkan kuasa doktor am swasta (GP), sambil menegaskan kadar caj perundingan minimum RM10 yang dikekalkan kerajaan menjadi punca kepada masalah tersebut.

    “Kerajaan mungkin bertindak berdasarkan nasihat ahli ekonomi kesihatan yang mahu mengekalkan kemampuan rakyat dengan menetapkan kadar lantai yang rendah, namun logik ini gagal sama sekali dalam pasaran yang dikuasai TPA.

    “Lantai RM10 itu secara automatik menjadi penanda rujukan korporat bagi bayaran balik, memberikan MCO dan TPA alat siap sedia untuk menekan bayaran, menentukan terma serta menjejaskan masa konsultasi, kesinambungan rawatan dan keselamatan pesakit,” katanya pada kenyataan hari ini.

    Kadar caj dinaikkan, tapi doktor anggap tidak mencukupi

    Semalam, ketika membentangkan Belanjawan 2026, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju menyemak semula julat caj konsultasi doktor am kepada antara RM10 dan RM80, berbanding kadar lama RM10 hingga RM35.

    Anwar berkata semakan itu mengambil kira hakikat bahawa kadar berkenaan kali terakhir disemak pada 2006, di samping keperluan mengekalkan kemampuan rakyat untuk mendapatkan rawatan.

    Namun, ramai doktor swasta berpendapat semakan tersebut masih terlalu rendah.

    Pada Mei lalu, sekumpulan doktor swasta menyertai protes anjuran Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), sambil membawa plakad yang mempertikaikan keadilan kadar caj RM35 — jauh lebih rendah berbanding tukang kunci yang mengenakan caj RM200 dan tukang paip RM150.

    Mengulas lanjut, Dr Shanmuganathan berkata keputusan kerajaan yang dilihat lebih mengutamakan kepentingan TPA akan membawa kesan serius, termasuk penutupan klinik keluarga, masa menunggu yang lebih panjang, serta pengurangan pilihan rawatan kepada pesakit.

    MENARIK:  MP PN boikot Dewan Rakyat 'serentak' waktu rehat makan tengah hari

    Dia menggesa kerajaan supaya menyelaraskan Jadual 7 di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Swasta (PHFSA) 1998 dengan Jadual 13 dalam akta yang sama.

    Jadual 7 menetapkan kadar yuran bagi doktor am di klinik swasta, manakala Jadual 13 menetapkan kadar bagi doktor di hospital swasta.

    “Selama lebih tiga dekad, GP telah terikat dengan struktur yuran Jadual 7 yang lapuk, yang tidak mengambil kira inflasi, kos pematuhan peraturan, gaji kakitangan, dan premium insurans perubatan.

    “Julat baru ini juga tidak setara dengan Jadual 13, yang mempunyai silin RM125 sejak Disember 2013.

    “Keputusan ini — walaupun selepas pelbagai rayuan kepada Kementerian Kesihatan, Jawatankuasa Pilihan Parlimen dan memorandum terus kepada perdana menteri — menunjukkan bahawa model ekonomi kini mengatasi realiti sebenar penjagaan kesihatan,” katanya.

    Dr Shanmuganathan turut menggesa kerajaan menyelaraskan kadar yuran GP komuniti dengan Jadual 13 bagi menghapuskan jurang dua lapis antara klinik dan hospital swasta.

    Selain itu, FPMPAM juga akan mencadangkan nyah kawal (deregulasi) semua yuran konsultasi agar pasaran boleh menentukan kadar berdasarkan nilai sebenar perkhidmatan.

    Dia berkata FPMPAM akan menasihatkan doktor am supaya mengasingkan caj mengikut perkhidmatan (unbundling) bagi memastikan ketelusan kos, serta menasihatkan agar pengamal perubatan menolak arahan TPA atau surat jaminan yang boleh mengekang atau menjejaskan mutu rawatan pesakit.

    FPMPAM juga akan menerbitkan senarai TPA yang melanggar Akta PHFSA atau Kod Etika Profesional Majlis Perubatan Malaysia (MMC), katanya.

    [Baca berita asal]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah