29.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 12, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Bukan bailout’ – Fahmi pertahan suntikan RM1.1 bilion kerajaan dalam Sapura

    Shopee Sale

    Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil tampil mempertahankan keputusan kerajaan melabur sebanyak RM1.1 bilion dalam syarikat yang menghadapi masalah kewangan, Sapura Energy Bhd.

    Menolak dakwaan bahawa langkah isu merupakan satu bentuk penyelamatan (bail out) oleh kerajaan, Fahmi menegaskan bahawa pelaburan berkenaan merupakan satu “pelaburan strategik” yang berbeza daripada bentuk penyelamatan yang pernah dilakukan oleh kerajaan terdahulu, khususnya ketika era bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad.

    “Ia bukan satu bail out seperti yang berlaku pada zaman (Mahathir) dahulu. Itu memang bail out sebenar, tetapi ini bukan,” kata Fahmi dalam sidang media pasca mesyuarat Jemaah Menteri di Putrajaya hari ini.

    MENARIK:  Kempen PN sudah hilang punca, kata Rafizi

    “Ini Madani, bukan Mahathir,” katanya secara berseloroh.

    Dalam pemfailan kepada Bursa Malaysia semalam, Sapura Energy mengumumkan bahawa ia menerima pelaburan sebanyak RM1.1 bilion daripada Malaysia Development Holding Sdn Bhd (MDH) — sebuah syarikat tujuan khas (special purpose vehicle) di bawah Menteri Kewangan (Diperbadankan).

    [Berita penuh menyusul]

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah