27.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 24, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Bergurau melampau adalah buli, pelaku mesti didakwa’

    Shopee Sale

    Pengerusi Mara Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan bahawa perbuatan bergurau secara melampau sehingga mencederakan orang lain juga adalah satu bentuk buli yang tidak boleh dikompromikan.

    Katanya, insiden sebegini tidak boleh didiamkan atas alasan gurauan kerana ia berpotensi membawa kecederaan kekal atau bahkan kematian jika tidak dibendung.

    “Apakah kita hendak menunggu sehingga kecederaan kekal mahupun kematian baru hendak bertindak?

    “Harap pihak polis dapat segera bertindak dengan tegas. Semua pelaku juga wajib didakwa agar menjadi pengajaran penting buat semua.” katanya dalam satu kenyataan di media sosial.

    Asyraf yang juga setiausaha agung Umno mengulas video insiden melibatkan sekumpulan pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri yang bergurau secara kasar dengan rakan mereka.

    Dalam video tersebut beberapa rakan memegang tangan dan kaki seorang pelajar lain dan menghayunkan badan mangsa sehingga kemaluannya terhantuk sebatang tiang papan tanda secara berulang kali sambil ketawa.

    Kelihatan juga beberapa lagi pelajar berhampiran kejadian itu hanya menjadi penonton dan ketawa tanpa cuba menghalang perbuatan berkenaan.

    Sementara itu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menegaskan pendiriannya untuk tidak berkompromi terhadap budaya buli itu.

    MENARIK:  Pengurangan hukuman Najib tidak boleh dicabar di mahkamah

    “KBS memandang serius perkara itu kerana ia menyentuh aspek keselamatan, maruah serta disiplin pelajar, selain menjadi ancaman kepada budaya pembelajaran yang sihat.

    “Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 19 September sekitar jam 4.30 petang, manakala laporan rasmi hanya diterima sehari kemudian,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

    Menurut KBS, rentetan daripada laporan tersebut, siasatan dalaman telah dijalankan dengan kerjasama pihak berkuasa keselamatan dan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

    “KBS menyeru semua pihak agar bertenang dan memberikan ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.

    “Tindakan tatatertib terhadap pelaku tertakluk kepada peraturan dan tatacara yang sedang berkuat kuasa.

    “KBS menegaskan bahawa tiada ruang untuk menjadikan kekerasan fizikal sebagai gurauan atau tradisi di ILKBS,” katanya lagi.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah