30.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 8, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Bas bawa 14 penumpang terbalik di Kuala Krai

    Shopee Sale

    Sebuah bas ekspres yang membawa 14 penumpang dan seorang pemandu terbalik dalam kejadian awal pagi ini di Kampung Batu Balai, Jalan Kuala Krai–Kota Bharu.

    Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kelantan berkata panggilan kecemasan diterima daripada orang awam melalui sistem MERS pada jam 5.30 pagi.

    “Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Durian dan BBP Kuala Krai segera digerakkan ke lokasi dan tiba pada jam 5.54 pagi.

    MENARIK:  Proses pengundian PRK Ayer Kuning berjalan lancar - Polis

    "Setibanya mereka di tempat kejadian didapati terdapat kemalangan melibatkan sebuah bas Naza Ekspres dengan jumlah keseluruhan mangsa 15 orang termasuk pemandu.

    “Dua mangsa dilaporkan tersepit,” katanya ketika dihubungi hari ini.

    Menurut jurucakap itu, operasi menyelamat masih diteruskan dengan kekuatan 13 anggota bersama tiga jentera.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah