29 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 8, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Anwar serah EV hadiah Erdogan pada negara lepas habis PM

    Shopee Sale

    Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata dia akan menggunakan kenderaan elektrik (EV) yang dihadiahkan oleh Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, selagi memikul tanggungjawab sebagai pemimpin negara.

    Bagaimanapun, tegas Anwar sebaik sahaja tugasnya sebagai perdana menteri selesai, kenderaan itu akan dipulangkan kepada negara.

    "Semalam, saya kebetulan cuba mobil EV yang dihadiahkan oleh Presiden Turkiye…dia hadiahkan kepada perdana menteri, tapi bagi saya (dia hadiahkan) kepada negara, ia bukan hak saya.

    “Saya boleh pakai selagi saya jadi perdana menteri, tetapi selepas itu kena serah balik kepada negara.

    "Kalau ada keperluan, saya nak pinjam, boleh," katanya dengan nada berjenaka ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini.

    Simbol persahabatan Malaysia-Turkiye

    Kenderaan berjenama TOGG, keluaran Turkiye diterima Anwar baru-baru ini sebagai tanda persahabatan antara kedua-dua negara.

    MENARIK:  PM: Tak wajar sekat media buat liputan

    Mengulas lanjut, dia berkata sempat mencuba EV tersebut sewaktu meninjau persiapan menyambut kehadiran presiden Turkiye sempena lawatan rasminya ke Malaysia selama dua hari.

    Anwar turut berkongsi pengalamannya semalam ketika dalam perjalanan ke Kompleks Sri Perdana kira-kira jam 1.30 tengah hari, apabila melihat ramai penjawat awam daripada pelbagai agensi bertugas bagi memastikan kelancaran lawatan rasmi Erdogan.

    “Hal ini tidak masuk dalam berita bahawa pada hari minggu (Ahad), puluhan malah jika keseluruhannya ratusan penjawat awam masih bekerja bertungkus lumus bagi memastikan nama negara terbaik, persiapan rapi dan orang melihat tahap kecekapan kita tinggi," kataya.

    Anwar turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam persiapan itu.

    “Jadi, saya tabik kepada semua yang bertugas dengan begitu baik,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah