28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 27, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Amaran hujan lebat tahap buruk di Pahang, Johor sampai Isnin

    Shopee Sale

    Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di Pahang dan Johor sehingga Isnin ini.

    MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan di Pahang, kawasan yang terlibat ialah Kuantan, Pekan dan Rompin manakala di Johor melibatkan Mersing.

    Amaran hujan lebat tahap waspada turut dikeluarkan bagi Kelantan, Terengganu, Pahang (Jerantut, Maran serta Bera) dan Johor (Segamat, Kluang serta Kota Tinggi).

    Ribut petir, hujan lebat serta angin kencang pula dijangka berlaku di tujuh negeri dan Wilayah Persekutuan Labuan setakat 6 petang ini.

    MENARIK:  Polis mohon bantuan orang ramai kesan remaja perempuan hilang

    Menurut MetMalaysia, cuaca buruk dijangka melanda Batang Padang di Perak serta Tanah Tinggi Cameron dan Lipis di Pahang selain Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Jempol dan Tampin), Melaka serta Johor (Tangkak, Batu Pahat dan Pontian).

    Amaran sama turut dikeluarkan bagi Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan (Samarahan dan Simunjan) serta Limbang manakala di Sabah melibatkan Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) serta Kudat, selain Labuan.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah