29.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 5, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Albert tanya Azam berapa ekor ‘tikus’ dalam SPRM

    Shopee Sale

    Ahli perniagaan, Albert Tei sekali lagi menimbulkan dakwaan mengenai kewujudan “tikus” dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

    Dalam satu kenyataan, Albert mendesak Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki memberi penjelasan mengenai dakwaan keterangannya yang dibocorkan kepada ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor.

    "Saya berasa sangat bimbang dan gelisah dengan keadaan semasa kerana terbukti ada “tikus” di dalam SPRM yang telah membocorkan rakaman keterangan saya kepada Hajiji Noor yang merupakan dalang dalam skandal rasuah lesen perlombongan.

    "Sehubungan dengan itu, saya ingin bertanya kepada Azam Baki; berapa ekor “tikus” terlibat dalam kejadian tersebut dan apa jawatan “tikus” tersebut di dalam SPRM,” katanya dalam satu kenyataan.

    Sebelum ini, Tei yang telah mendakwa sekumpulan ahli politik daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pimpinan Hajiji terlibat dalam skandal rasuah— menyatakan dia tidak akan memberi kerjasama dengan SPRM selagi “tikus-tikus” berkenaan belum ditangkap.

    Dia turut mendakwa seorang pegawai berpangkat tinggi dalam SPRM telah mengugutnya supaya tidak membuat laporan mengenai skandal tersebut, menyebabkan dia terpaksa menyalurkannya kepada media.

    Sehingga kini, Azam masih belum mengulas mengenai dakwaan kebocoran atau ugutan itu.

    Dalam kenyataannya, Tei menggesa Azam melaksanakan pembersihan dalaman bagi membasmi “tikus-tikus” dalam suruhanjaya itu, sambil mendakwa bukanlah sesuatu yang sukar untuk mengenal pasti identiti mereka.

    "Azam Baki harus segera mengumumkan hasil siasatan tatatertib berhubung “tikus” yang mengkhianati amanah dan langkah-langkah pencegahan pembiakan “tikus” di dalam SPRM, kejadian ini telah memusnahkan integriti dan kredibiliti SPRM di mata rakyat Malaysia.

    "Kegagalan SPRM dalam pentadbiran, tatacara penyiasatan, perlindungan maklumat dan data sulit mengakibatkan mental saya berasa bimbang, tertekan dan bingung,” tambahnya.

    MENARIK:  Dua wartawan terbunuh dalam serangan Israel di Gaza

    Dakwaan rasuah terhadap Kitingan

    Dalam pada itu Tei turut meminta Azam memberi penjelasan mengenai perkembangan siasatan video tuduhan rasuah serta tangkap layar mesej WhatsApp yang mengaitkan Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star), Jeffrey Kitingan.

    "Tuduhan rasuah terhadap Presiden Star, Jeffrey Kitingan mempunyai rakaman video yang mengesahkan elemen rasuah, bukti rekod WhatsApp menunjukkan beliau minta rasuah dan surat-surat membuktikan beliau terlibat secara langsung.

    "Susulan daripada itu, turut mempunyai rakaman video saksi Rizal Johari selaku Setiausaha Sulit kepada Jeffrey Kitingan yang mengesahkan bahawa bosnya telah mengambil rasuah. Fakta kes adalah cukup lengkap, apa tindakan SPRM selanjutnya?” soalnya.

    Tei turut memberitahu Malaysiakini bahawa sehingga kini SPRM masih belum memanggilnya untuk disoal siasat.

    Pada 1 Okt lalu, Azam mengesahkan bahawa 10 individu termasuk Kitingan telah dipanggil berhubung dakwaan bahawa ahli politik Sabah itu menerima RM1.78 juta daripada Tei.

    Setakat ini, Tei dan dua ADUN telah didakwa atas kes rasuah sejak skandal itu terbongkar, manakala nasib pihak lain masih tidak diketahui — sekali gus mencetuskan dakwaan berlakunya usaha menutup kes.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah