30.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 5, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Aktivis GSF selamat, proses pembebasan ditangguh kerana Yom Kippur

    Shopee Sale

    Proses pembebasan 23 aktivis Malaysia dari tahanan Israel ditangguhkan susulan perayaan keagamaan Yahudi Yom Kippur, menurut Menteri Luar Mohamad Hasan.

    Bercakap pada sidang media pagi ini, dia berkata semua pejabat kerajaan di sana ditutup kerana acara perayaan itu dan turut menjejaskan komunikasi dengan tahanan, yang merupakan sebahagian daripada misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF).

    Bagaimanapun, Mohamad memberi jaminan bahawa kesemua aktivis itu dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan baik, dan kerajaan Malaysia sedang bekerjasama rapat dengan rakan sejawatannya yang mempunyai kedutaan di Tel Aviv untuk pembebesan mereka.

    "Apa saya nak bagitahu, jangan risau. Keluarga memang risau, tapi kerajaan sentiasa memantau, setiap saat, secara langsung, sentiasa memantau, seperti semasa mereka di laut tempoh hari.

    MENARIK:  NGO gesa MCMC sekat halaman FB didakwa perkauman terhadap kuil Hindu

    "Lepas mereka ditahan kita terputus komunikasi. Tapi ada ADALAH (pasukan peguam dari Pusat Hak Minoriti Arab di Israel), yang telah dilantik awal-awal lagi sebagai penasihat undang-undang jika berlaku perkara-perkara yang kita jangkakan.

    "Sebab itu peserta GSF dari Malaysia telah diberi taklimat rapi sekali apa mereka perlu buat, supaya tak buat provokasi yang boleh sebabkan perkara tak baik berlaku.

    "Insya-Allah tunggu satu dua hari ini, hari ni ada perayaan Yom Kippur di Israel, tutup semua. Perhubungan terputus. Harap Isnin jika pejabat-pejabat dibuka semula di sana kita dapat berhubung. Tapi perhubungan dengan peranantaraan sentiasa baik," katanya pada sidang media yang diadakan di Pusat Kawalan Sumud Nusantara di Sepang.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah