31.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 12, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Akaun palsu guna nama menteri muncul untuk perdaya orang ramai

    Shopee Sale

    Pejabat Menteri Dalam Negeri mengingatkan orang ramai mengenai kewujudan akaun-akaun TikTok palsu yang menggunakan nama dan gambar Saifuddin Nasution Ismail untuk tujuan penipuan.

    Dalam kenyataan hari ini, pejabat terbabit berkata akaun rasmi TikTok Saifuddin hanyalah @saifuddin_nasution (https://www.tiktok.com/@saifuddin_nasution).

    Bagaimanapun, katanya, terdapat beberapa akaun palsu yang dikesan dan kononnya menawarkan bantuan kewangan kepada orang ramai.

    Mereka didakwa menghubungi ‘menteri’ terbabit dengan melalui nombor WhatsApp yang tertera dalam profil akaun tersebut.

    "Sebenarnya ini adalah satu penipuan yang bertujuan memperdaya orang ramai untuk membuat bayaran pendahuluan (advance payment).

    "Pihak kami mengesan beberapa akaun palsu dan telah pun membuat laporan kepada pihak polis dan TikTok.

    "Kami juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu yang terlibat dalam penipuan ini," kata pejabat itu dalam kenyataan media yang dikongsi di Facebook.

    Setakat ini, tiga akaun telah disekat oleh pihak Tiktok iaitu:

    MENARIK:  Kerajaan rangka strategi pastikan impak tarif AS tak jejas FDI - Miti

    1. Saifuddin_Nasution0

    2. Saifuddin_Nasution1

    3. Saifuddin_Nasution12

    Mengulas lanjut, pejabat menteri berkata, mereka tidak menolak kemungkinan lebih banyak akaun palsu akan terus diwujudkan bagi memperdaya orang ramai.

    "Oleh itu, kami menyeru agar orang ramai sentiasa berhati-hati, tidak mudah percaya dan sentiasa semak kesahihan maklumat sebelum bertindak dan sentiasa semak kesahihan maklumat sebelum mempercayai sebarang tawaran bantuan.

    "Orang ramai juga dinasihat tidak menghubungi atau berkongsi maklumat peribadi dengan mana-mana akaun yang meragukan.

    “Mereka turut diseru tidak membuat sebarang bayaran kepada mana-mana individu atau akaun media sosial yang mendakwa mewakili Saifuddin Nasution,” katanya.

    Tambah pejabat Saifuddin itu lagi, pihak menteri tidak akan sesekali meminta bayaran bagi sebarang bentuk bantuan.

    “Orang ramai dinasihatkan untuk merujuk kepada saluran rasmi media sosial menteri untuk maklumat yang sahih dan terkini," katanya.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah