27.1 C
Kuala Lumpur
Friday, October 3, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    23 aktivis M’sia ditahan Israel, pasukan peguam siap siaga di Jordan – SNCC

    Shopee Sale

    Setelah hampir 20 jam insiden pintasan di zon merah, Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) telah ditahan tentera Israel.

    Ketua Pengarah SNCC Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata kesemua mereka ditahan pada 4.25 petang tadi, selepas komunikasi terputus dan visual menunjukkan tindakan penahanan oleh tentera Israel.

    "Laporan awal mengesahkan melihat kapal-kapal seperti Sirius, Estrella, Alma dan Huga telah mula masuk ke Pelabuhan Ashdod di Ashkelon.

    "SNCC menjangkakan kemungkinan sebahagian peserta telah dipindahkan ke darat," katanya pada sidang media di Sepang hari ini.

    Sani Araby turut memaklumkan pasukan perundangan Malaysia di Jordan berada dalam keadaan siap siaga untuk menjadi wakil dalam sebarang proses soal siasat serta tindakan susulan berkaitan.

    Beliau berkata mengikut prosedur operasi standard (SOP), mereka yang ditahan tidak akan memberi jawapan jika tiada wakil sah yang hadir.

    Rakyat Malaysia yang ditahan ialah penyanyi Heliza Helmi dan adiknya, Nur Hazwani Afiqah yang menaiki kapal Hio; Nurfarahin Romli (Farah Lee) dan Danish Nazran Murad (kapal Grande Blu); penyanyi Zizi Kirana (kapal Huga); Musa Nuwayri, Iylia Balqis dan Sul Aidil (kapal Alma); Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khiduddin dan Rusydi Ramli (kapal Sirius).

    MENARIK:  Ramasamy: Sokongan India kian merosot, kemenangan PH sia-sia

    Yang lain termasuk Razali Awang (kapal Inana); pempengaruh Nurul Hidayah Mohd Amin atau lebih dikenali Ardell Aryana (kapal Mikeno); PU Rahmat, Norhelmi Ab Ghani, Mohd Asmawi Mukhtar, Norazman Ishak (kapal Estrella); Zainal Rashid dan Ustaz Muhammad (kapal Fair Lady) serta Muhammad Hareez Adzrami atau lebih dikenali Haroqs, Muhd Haikal Luqman Zulkefli dan Taufiq Mohd Razif (kapal Free Willy).

    GSF disertai lebih 500 aktivis dari 45 negara belayar menuju ke Gaza sebagai simbol solidariti dan usaha memecahkan sekatan Israel.

    Misi kemanusiaan itu mendapat perhatian dunia apabila turut disertai tokoh antarabangsa termasuk aktivis iklim Greta Thunberg, pelakon Hollywood Susan Sarandon serta cucu Nelson Mandela, Mandla Mandela.

    Pelayaran GSF merentasi Laut Mediterranean membawa bekalan makanan, ubat-ubatan serta mesej keamanan yang menggesa agar peperanangan dan krisis kebuluran dihentikan selain menuntut pembukaan akses koridor kemanusiaan ke Gaza.

    Rakyat Malaysia berdemo bantah insiden serangan Israel terhadap flotila di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, di Kuala Lumpur.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah