30.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 8, 2025
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    13 anggota kumpulan jenayah terancang ‘Geng Captain Praba’ dituduh

    Shopee Sale

    Seramai 13 lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Sepang hari ini atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai ‘Geng Captain Praba’.

    Mereka ialah M Lavindran, 27, M Meganathan, 37, M Tinesh, 20, K Utayaragu, 29, M Thinesh, 31, S Jeevan, 19, J Sangaranarayanan, 28, P Joshua, 35, M Devindran, 25, M Nokarju, 29, S Tivagaran, 22, S Logeswaran, 26, dan D Vijayakumar, 36.

    Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Tamil di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

    Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Ladang Kelapa Sawit, Jalan Mahang, Kampung Sungai Jarom, Jenjarom, Kuala Langat antara Disember 2023 hingga 11 Sept 2025 mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun, jika sabit kesalahan.

    MENARIK:  Hamzah: Kebenaran akan menang, kezaliman PH-BN tak akan berjaya

    Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustafa manakala 10 tertuduh iaitu Lavindran, Tinesh, Utayaragu, Thinesh, Jeevan, Joshua, Devindran, Nokarju, Tivagaran dan Logeswaran diwakili peguam P. Kunyalam.

    Meganathan, Sangaranarayanan dan Vijaya Kumar pula tidak diwakili peguam.

    Mahkamah tidak membenarkan sebarang ikat jamin dan menetapkan 10 Nov ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah